Peringatan daripada Tuhan
Sahabat saya Bob Horner merujuk kepada Yesus sebagai “Yang Memperingati.” Ini baik kerana kita sentiasa merasa ragu dan pelupa. Tidak kira berapa kali Yesus telah memenuhi segala keperluan orang-orang yang datang kepada-Nya ketika Dia berada di dunia ini, namun para pengikut-Nya yang mula-mula tetap merasa takut bahawa mereka akan ditinggalkan dalam keadaan yang tidak punya apa-apa. Setelah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang Yesus lakukan, mereka masih gagal untuk memahami maksud utama yang Tuhan ingin mereka ingati.
Berdiri Teguh
Gunung Tianmen di Zhangjiajie, China, dianggap sebagai salah sebuah gunung yang tercantik di dunia. Untuk menikmati ketinggian cenuram serta segala keindahan dan kemegahannya, anda perlu menaiki kereta kabel Tianmen Shan, yang bergerak sejauh 7,455m. Kereta kabel ini amat menakjubkan di mana ia boleh berfungsi pada jarak tersebut dengan melewati pergunungan yang curam tanpa sebarang motor di dalamnya. Namun ia bergerak dengan selamat pada ketinggian sedemikian kerana adanya cengkaman kuat pada kabel yang digerakkan oleh sebuah motor yang berkuasa tinggi.