Ketika saya dan anak-anak sedang berjalan di sebuah taman, kami telah bertembung dengan beberapa ekor anjing yang dilepaskan. Tuan kepada anjing-anjing itu tidak menyedari bahawa salah seekor anjing sedang menakutkan anak lelaki saya. Anak saya cuba menghalau anjing tersebut, tetapi ia semakin lebih menakutkan.
Lama-kelamaan anak saya menjadi cemas. Dia mula berlari sejauh mungkin, tetapi anjing itu tetap mengejarnya. Situasi ini berterusan sehinggalah saya menjerit, “Datang kepada saya!” Anak lelaki saya berpatah balik serta berusaha untuk bertenang. Akhirnya anjing itu pergi ke tempat lain.
Ada waktu-waktunya dalam kehidupan kita, apabila Tuhan memanggil dan berkata, “Datanglah kepada-Ku!” Mungkin ada perkara sukar yang merisaukan kita. Semakin kita menjauhi perkara tersebut, semakin masalah itu mendekati kita. Kita tidak dapat mengelakkannya. Kita terlalu takut untuk menghadapi masalah seperti itu dengan sendirian. Namun pada hakikatnya, kita tidak bersendirian. Tuhan ada dan selalu bersedia untuk menolong serta memberi ketenangan kepada kita. Apa yang harus kita lakukan adalah meninggalkan segala perkara yang menakutkan kita serta menuju ke jalan Tuhan. Firman-Nya berkata, “TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan” (Amsal 18:10).
Aku memerlukan kedamaian serta ketenangan yang hanya Engkau dapat memberinya. Tolonglah aku berharap kepada-Mu ketika aku berada dalam kesusahan.
Bilakah Tuhan pernah memberikan ketenangan kepada anda? Kongsikan cerita anda dengan teman-teman anda di laman https://www.facebook.com/pedoman.harian/