Kerri berusaha sedaya-upaya supaya orang lain kagum terhadapnya. Dia asyik bersikap gembira agar orang lain akan melihat lalu memuji sikap periangnya itu. Beberapa orang mengesahkan bahawa itu memang sikap sebenarnya kerana mereka melihat Kerri suka menolong orang lain dalam komuniti. Namun secara jujurnya, pada saat-saat tertentu Kerri akan mengaku hal ini: “Saya mengasihi Tuhan, tetapi kadang-kadang saya merasakan hidup saya ini ibarat topeng.” Perasaan tidak yakin diri ini menyebabkan Kerri berusaha untuk kelihatan gembira di depan orang lain, dan berkata bahawa dia sudah kehabisan tenaga untuk meneruskan lakonan tersebut.

Mungkin sedikit sebanyak kita dapat memahami perasaan itu kerana memang mustahil untuk memiliki niat yang murni. Kita mengasihi Tuhan dan orang lain, namun motif kita tentang bagaimana untuk hidup sebagai seorang Kristian ada kala dipengaruhi oleh keinginan kita untuk dihargai atau mendapat pujian.

Yesus berbicara tentang mereka yang memberi, berdoa dan berpuasa semata-mata ingin dilihat oleh orang lain (Matius 6:1–6). Dalam Khutbah di atas Bukit, Dia mengajar kita “memberikan sedekah kepada orang miskin, lakukanlah hal itu secara diam-diam,” “berdoalah kepada Bapa … secara tersembunyi,” dan “apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik” (ayat 4, 6, 16).

Kebanyakan pelayanan memang sentiasa dilakukan secara terbuka, akan tetapi mungkin pelayanan yang tersembunyi boleh membantu kita tidak asyik memikirkan apa yang difikirkan Tuhan mengenai kita. Dia yang telah menciptakan kita menurut gambar-Nya sangat menghargai kita sehingga Dia memberikan Anak-Nya serta menyatakan kasih-Nya kepada kita setiap waktu.