Bagaimana Dengan Anda?
Saya terlalu fokus dalam membaca sebuah buku sehingga kawan saya tunduk ke arah saya untuk melihat apa yang sedang saya baca. Hampir serta-merta, dia tersentak dan memandang saya dengan terkejut. “Sedihnya tajuk buku itu!” dia berkata. Masa itu saya sedang membaca “The Glass Coffin” (Keranda Kaca) dalam buku Grimm’s Fairy Tales (Cerita Dongeng Grimm), perkataan keranda telah membuat dia gelisah. Kebanyakan kita tidak suka diingatkan tentang kematian. Akan tetapi, hakikatnya, antara 1,000 orang, 1,000 orang akan mati.
Iman Yang Sanggup Berkorban
Kami sangat memerlukan panduan daripada Tuhan. Dalam masa yang singkat, kami diminta untuk menjaga dua orang anak kecil selama 3 bulan. Ini merupakan satu keputusan yang perlu dibuat untuk masa depan mereka. Kami sendiri mempunyai tiga orang anak yang lebih tua, oleh itu, untuk menjadi ibu bapa angkat sementara kepada kanak-kanak yang masih kecil ini agak tidak sesuai dengan rancangan hidup kami.Tambahan lagi dengan dua anggota keluarga yang baru, ini memang suatu keputusan yang amat sukar dibuat. Ketika itu buku yang ditulis oleh penginjil, Amy Carmichael, mengarahkan kami kepada beberapa ayat yang tidak biasa kami baca dalam Bilangan 7.
Pemerhati Langit
Nezahualcoyotl (1402–1472) mungkin mempunyai nama yang susah disebut, tetapi namanya penuh makna. Ia bermaksud “Koyote Yang Lapar,” dan hasil penulisan lelaki ini menunjukkan kelaparan secara rohani. Sebagai seorang penyair dan pemimpin di Mexico sebelum kedatangan orang Eropah, dia menulis, “Sesungguhnya tuhan-tuhan yang saya sembah, adalah berhala yang dibuat daripada batu yang tidak bercakap atau berasa … Namun saya tahu ada tuhan yang sangat kuat, tersembunyi dan belum diketahui, dialah yang mencipta seluruh alam semesta. Hanya dia yang dapat menghiburkan saya ketika saya dalam penderitaandan melegakan kesakitan hati saya; saya ingin dia menjadi penolong dan pelindung saya.”
Kasih Tanpa Sempadan
Pada tahun 1980, seorang wanita menaiki kereta api bawah tanah semasa acara Maraton Boston sedang berlangsung. Inilah bukan sesuatu yang luar biasa, padahal wanita ini sepatutnya berlari dalam maraton tersebut! Para saksi kemudian melihat wanita ini memotong masuk ke dalam perlumbaan pada jarak kurang daripada 2 kilometer dari penghujung garisan. Dia menghabiskan perlumbaan ini jauh lebih awal jika berbanding dengan pelari wanita yang lain, dan peliknya, dia langsung tidak menunjukkan rasa penat mahupun berpeluh banyak. Pada waktu yang singkat itu, dia kelihatan seperti pemenang.