Pernahkah anda bercakap dengan diri sendiri? Ada kalanya apabila saya sedang melaksanakan sesuatu projek—biasanya ketika membaiki kereta—saya mendapati bahawa sambil berfikir dan bercakap dengan diri sendiri, adalah amat membantu dalam membuat pertimbangan tentang cara yang terbaik untuk melakukan kerja pembaikan. Sekiranya seseorang terdengar “perbualan” saya itu, ia pasti sedikit memalukan—walaupun bercakap dengan diri sendiri merupakan perkara yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada setiap hari.

Dalam kitab Mazmur, para pemazmur sering bercakap dengan diri mereka sendiri. Penulis Mazmur 116 juga adalah sedemikian. Dalam ayat 7 dia menulis, “Aku mesti tenang, kerana TUHAN baik kepadaku.” Dengan mengingat kebaikan dan kesetiaan Tuhan pada masa lalu, ia merupakan penghiburan dan pertolongan yang praktikal bagi dia pada masa kini. Kita sering menjumpai “perbualan” seumpama ini dalam kitab Mazmur. Dalam Mazmur 103:1, Daud berkata dengan dirinya sendiri, “Pujilah TUHAN, hai jiwaku! Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!” Dalam Mazmur 62:6, dia juga mengesahkan, “Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang memberi aku harapan.”

Adalah baik untuk mengingatkan diri kita akan kebaikan Tuhan serta pengharapan yang kita miliki dalam Dia. Kita boleh meneladani pemazmur dan meluangkan sedikit masa untuk menyebut segala kebaikan yang telah dilakukan Tuhan untuk kita. Dengan berbuat demikian, kita sendiri akan berasa terdorong. Tuhan yang sama dan setia pada masa lalu akan terus mengasihi kita pada masa akan datang.