Apabila bercakap tentang iman kepada Yesus, kadangkala kita menggunakan perkataan-perkataan tanpa kefahaman atau penjelasan. Salah satu daripada perkataan itu ialah “benar” (righteousness). Kita mengatakan bahawa Tuhan itu benar dan Dia menjadikan orang benar, tetapi ini boleh menjadi konsep yang sukar difahami.
Perkataan benar (義) yang digambarkan dalam bahasa Cina adalah membantu. Perkataan ini terbentuk daripada gabungan dua perkataan. Perkataan di atasnya ialah domba (羊), manakala perkataan di bawahnya ialah saya (我). Maka ini boleh dimaksudkan bahawa domba menutupi atau melindungi saya yang di bawah itu.
Ketika Yesus datang ke dunia, Yohanes Pembaptis memanggil Dia sebagai “Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia” (Yohanes 1:29). Dosa kita perlu dihapuskan kerana ia memisahkan kita daripada Tuhan yang mempunyai sifat serta jalan yang sentiasa sempurna dan benar. Oleh sebab kasih Tuhan kepada kita sangat besar, malah Tuhan telah menjadikan “Kristus [yang] tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula [dibenarkan] dengan Allah” (2 Korintus 5:21).
Status kita yang menjadi benar (atau berbaik semula) dengan Tuhan adalah hadiah daripada-Nya. Yesus, Anak Domba, ialah cara Tuhan untuk menutupi dosa kita.
Kongsilah doa ini melalui laman Facebook kami.