Di luar sebuah gereja di New York, seorang bayi yang baru lahir untuk beberapa jam telah ditinggalkan di dalam palung hiasan Krismas. Seorang ibu muda yang sangat terdesak telah membungkus bayinya dan meletakkannya di tempat yang dapat dijumpai oleh orang lain. Daripada menghakimi ibu tersebut, kita patut bersyukur kerana bayi tersebut kini memiliki peluang untuk hidup.
Hal ini menyinggung saya secara peribadi. Sebagai seorang anak angkat, saya tidak dapat membayangkan kesusahan di sekitar masa kelahiran saya. Namun saya tidak pernah terasa ditinggalkan. Sebaliknya saya sangat yakin: saya mempunyai dua orang ibu yang ingin saya terus hidup. Seorang ibu yang telah memberikan hidup kepada saya; manakala yang seorang lagi telah melaburkan hidupnya dalam saya.
Dalam kitab Keluaran, kita membaca tentang seorang ibu yang penyayang berada dalam keadaan yang terdesak. Firaun telah memerintah agar semua bayi lelaki orang Yahudi dibunuh (Keluaran 1:22). Oleh itu ibu Musa telah menyembunyikannya sehingga dia tidak dapat berbuat demikian. Ketika Musa berumur 3 bulan, ibunya memasukkan dia ke dalam sebuah bakul yang kalis air dan meletakkannya di permukaan sungai Nil. Sekiranya itu adalah satu rancangan agar bayi itu diselamatkan oleh puteri Firaun, dibesarkan di istana Firaun dan akhirnya bayi itu membebaskan bangsanya daripada perhambaan, maka rancangan itu memang berjaya.
Apabila seorang ibu yang terdesak memberikan peluang kepada anaknya untuk hidup, Tuhan akan terus memeliharanya. Dia memang bersifat sedemikian—dengan cara paling kreatif yang kita tidak dapat bayangkan.