Cucu perempuan kami Maggie dan kakaknya Katie yang masing-masing budak Taska dan Tadika, menyeret beberapa helai selimut ke halaman belakang rumah dan membina khemah sebagai tempat permainan mereka. Mereka sudah agak lama berada di luar apabila ibu mereka mendengar Maggie memanggilnya.

“Ibu, cepatlah datang sini!” Maggie memanggilnya dengan suara kuat. “Saya mahu minta Yesus masuk ke dalam hati saya, dan saya perlu ibu tolong saya!” Jelas pada masa itu, Maggie telah memahami keperluannya akan Yesus, malah dia sudah bersedia untuk percaya kepada-Nya.

Panggilan Maggie adalah cukup mendesak ketika dia meminta pertolongan ibunya agar dia boleh percaya kepada Yesus. Ini mengingatkan saya tentang kata-kata Paulus dalam 2 Korintus 6 tentang penyelamatan. Dia menjelaskan kenyataan bahawa kedatangan Yesus Kristus—termasuk kematian dan kebangkitan-Nya—memulakan satu era yang dipanggil sebagai “masa yang diperkenankan Tuhan.” Kita hidup pada masa itu, dan Tuhan telah menyediakan penyelamatan untuk semua orang sekarang. Dia berkata, “Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan! (Ayat 2). Jika anda belum percaya kepada Yesus yang memberikan pengampunan, sekaranglah waktunya untuk berbuat demikian. Jangan berlengah lagi.

Mungkin Roh Kudus telah mengingatkan bahawa anda perlu percaya kepada Yesus. Seperti Maggie, jangan menahannya. Datanglah kepada Yesus. Sekaranglah masanya!