Hadiah Yang Terbaik
Beberapa tahun yang lalu, ketika California Selatan mengalami kemelesetan ekonomi, Pastor Bob Johnson bukan sahaja melihat kesusahan, tetapi juga peluang dalam situasi tersebut. Jadi dia mengadakan satu mesyuarat bersama mayor di bandar tempat tinggalnya dan bertanya, “Apakah yang gereja kami dapat membantu?” Mayor tersebut berasa hairan. Biasanya orang akan datang kepada dia untuk meminta bantuan. Namun sekarang terdapat pula seluruh jemaah ingin menawarkan perkhidmatan mereka.
Kisah Peribadi
Dalam penerbangan saya baru-baru ini, pendaratan kapal terbang yang saya naiki agak menakutkan. Ketika mendarat di landasan terbang, kapal terbang itu mengalami gegaran dan membuatkan kami tertolak ke kiri dan ke kanan. Beberapa orang penumpang kelihatan cemas, tetapi situasi menjadi reda apabila dua orang kanak-kanak perempuan yang duduk di belakang saya berasa seronok sambil berkata, “Lagi, lagi!”
Menyebarluaskan Kegembiraan
Saya membesar dalam era 1960-an yang suka melawan dan pernah meninggalkan kepercayaan Kristian. Saya telah menghadiri gereja sejak kecil tetapi saya tidak percaya kepada Yesus, sehinggalah saya mengalami kemalangan yang teruk pada umur awal dua puluhan. Sejak itu, saya telah mengisi zaman dewasa saya dengan memberitakan kasih Yesus kepada orang lain. Inilah perjalanan hidup saya.
Mengasihi Musuh Anda
Desert Solitaire merupakan sebuah buku autobiografi yang ditulis oleh Edward Abbey. Buku ini mengisahkan dia bekerja sebagai seorang renjer taman yang kini digelar sebagai Taman Negara Arches di Utah, Amerika Syarikat semasa musim panas. Penggunaan bahasa dan penerangan Abbey tentang Barat Daya Amerika Syarikat adalah begitu menarik dan jelas, sehingga buku ini memang berbaloi untuk dibaca.