Month: Disember 2016

Galakan Sebagai Hadiah

Setiap orang yang tersentuh oleh sebuah muzik mendengarnya secara berbeza. Penggubah mendengarnya dalam ruang bayangannya. Para penonton mendengarnya dengan deria dan emosi mereka. Ahli-ahli orkestra yang mendengar dengan jelas bunyi instrumen yang paling dekat dengan mereka.

Keriuhan Terdengar

Saya telah memandu selama hampir setengah jam apabila anak perempuan saya tiba-tiba meraung dari tempat duduk belakang. Apabila saya bertanya, “Apa yang terjadi?” Dia berkata abangnya telah mencengkam lengannya. Abang itu mendakwa dia telah mencengkam lengan adiknya kerana dia telah mencubitnya. Adik itu berkata dia mencubit abangnya kerana dia telah mengatakan sesuatu yang jahat.

Kesatuan Yang Indah

Kawan saya Meaghan seorang penunggang kuda yang mahir, dan saya telah belajar beberapa perkara yang menarik tentang kuda daripadanya. Sebagai contoh, walaupun mempunyai mata yang terbesar antara semua mamalia darat, penglihatan kuda lemah dan hanya boleh melihat sedikit warna. Oleh itu, kuda tidak selalu dapat mengenal pasti objek di atas tanah. Apabila melihat sebatang kayu, kuda tidak tahu jika itu kayu yang boleh dilangkahi atau ular besar yang mungkin mematuknya. Atas sebab ini, jika kuda belum dilatih dengan betul, kuda itu akan mudah ketakutan dan cepat lari pergi.

Kebaikan Yang Berterusan

Ketika saya masih kanak-kanak, ibu saya memberi amaran supaya saya tidak bermain dengan api. Namun suatu hari saya memutuskan untuk melihat apa yang akan berlaku jika saya bermain dengan api. Saya mengambil sekotak pemetik api dan beberapa kertas, lalu saya keluar ke belakang rumah untuk membuat percubaan. Dengan hati yang berdebar-debar, saya berlutut di atas tanah, memetik pemetik api, dan membakarkan kertas.