Anak kami bertarung dengan ketagihan dadah selama tujuh tahun, dan sepanjang masa itu, saya dan isteri saya mengalami masa yang sukar. Sambil berdoa dan menunggu kesembuhannya, kami belajar untuk meraikan kemenangan kecil. Jika tiada apa-apa berlaku dalam jangka masa 24 jam, kami akan berkata “Hari ini baik”. Ayat pendek tersebut menjadi suatu peringatan untuk bersyukur atas pertolongan Tuhan untuk perkara-perkara yang paling kecil.
Dalam Mazmur 126:3 tertulis satu peringatan yang lebih baik tentang kasih kurnia Tuhan dan kepentingannya bagi kita: “Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; itulah sebabnya kita bersukacita!” Alangkah hebatnya ayat tersebut untuk disimpan dalam hati apabila kita mengingatkan belas kasihan Yesus kepada kita pada salib! Kesusahan-kesusahan yang mungkin menimpa kita pada bila-bila tidak dapat mengubah kebenaran bahawa Tuhan kita telah menunjukkan kebaikan yang tidak terduga besarnya kepada kita, dan “kasih-Nya kekal abadi” (Mazmur 136:1).
Apabila kita telah mengalami suatu keadaan sukar dan mendapati bahawa Tuhan itu setia, dan kalau kita terus mengingatinya, ia akan amat membantu kita apabila kita mengalami kesusahan. Kita mungkin tidak tahu bagaimana Tuhan akan membantu kita untuk menghadapi dan melalui segala kesusahan kita, tetapi kebaikan-Nya kepada kita pada masa lalu mendorong kita untuk percaya bahawa Dia akan menolong kita.
Pencipta, Pembela, Penebus dan Sahabat kita
sehingga akhir. -Robert Grant
kita boleh mempercayai hati-Nya.