Cara Evelyn Waugh, iaitu seorang penulis berbangsa Inggeris menggunakan perkataan sering menonjolkan kelemahan dalam keperibadiannya. Walaupun novelis itu kemudian menjadi orang Kristian, dia masih bergelut dengan cara percakapannya. Pada suatu hari, seorang wanita bertanya kepada dia, “Encik Waugh, bagaimana anda menganggap diri sebagai orang Kristian, sedangkan kelakuan anda tidak menunjukkannya?” Dia menjawab bahawa tabiatnya mungkin seburuk seperti dikatakan oleh wanita itu, namun dia mengakui bahawa dia hanyalah seorang manusia biasa.

Waugh sedang bergelut dalam batin seperti yang diterangkan rasul Paulus: “ … walaupun ada padaku keinginan untuk berbuat baik, tetapi aku tidak dapat melakukannya” (Ayat 18). Dia juga berkata, “Kita tahu bahawa Taurat berasal daripada Roh Allah; tetapi aku ini hanya manusia yang dijual sebagai hamba kepada dosa” (Ayat 14). Lanjutnya lagi, “Batinku suka akan hukum daripada Allah. Tetapi aku sedar bahawa dalam diriku ada hukum lain yang bertentangan … Siapakah yang dapat menyelamatkan aku daripada tubuh ini yang membawa aku kepada kematian? (Ayat 22-25). Jawapan gembira menyahut, “Aku bersyukur kepada Allah; Dia menyelamatkan aku melalui Yesus Kristus!” (Ayat 25).

Apabila kita datang kepada Kristus dengan iman, kita mengakui kesalahan dan keperluan kita akan seorang Penyelamat, dengan serta- merta kita menjadi satu ciptaan yang baharu. Tetapi pembentukan rohani kita mengambil masa seumur hidup kita. Seperti yang diperhatikan rasul Yohanes, “Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi … apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya” (Yohanes 3:2).