Salah sebuah sajak Kristian dalam kesusasteraan Inggeris kuno ialah “The Dream of the Rood”. Perkataan rood (batang) berasal daripada perkataan Inggeris kuno rod atau pole (tiang), dan ia merujuk kepada kayu salib yang Yesus disalibkan. Dalam sajak purba ini, kisah penyaliban diceritakan semula melalui perspektif si kayu salib. Apabila si pokok menyedari bahawa ia akan dijadikan sebagai kayu salib untuk membunuh Anak Tuhan, ia menolak idea itu. Tetapi akhirnya Kristus menonjolkan pertolongan yang diberikan oleh pokok itu untuk memberikan pembebasan kepada semua orang yang mahu percaya kepada-Nya.
Di taman Eden, ibu bapa rohani kita, Adam dan Hawa, telah makan buah larangan dari sebatang pokok sehingga dosa menyelinap ke dalam manusia. Apabila Anak Tuhan mencurahkan darah-Nya sebagai korban agung bagi dosa semua manusia, Dia dipakukan pada sebatang kayu salib bagi pihak kita. Kristus “memikul dosa kita pada tubuh-Nya di kayu salib” (1 Petrus 2:24).
Kayu salib menjadi titik perubahan bagi semua orang yang percaya kepada penyelamatan Kristus. Sejak Kristus disalibkan, kayu salib telah menjadi satu lambang yang luar biasa, yang menggambarkan pengorbanan dan kematian Anak Tuhan untuk membebaskan kita daripada dosa dan kematian kekal. Kayu salib merupakan bukti kasih Tuhan terhadap kita yang luar biasa.
apabila aku melihat kayu salib, kerana Engkau telah memberikan diri-Mu kepada aku dengan kasih.