Pengaruh Sepanjang Zaman
Beberapa tahun yang lalu, saya dan isteri saya tinggal di sebuah penginapan desa yang terletak di kawasan terpencil di Yorkshire Dales, England. Kami berada di sana bersama beberapa pasangan suami isteri lain, yang semuanya orang British dan kami belum pernah berjumpa sebelumnya. Semasa duduk di ruang tamu dengan kopi yang dihidangkan selepas makan malam, perbualan kami bertukar kepada pertanyaan mengenai pekerjaan, “Apakah pekerjaan anda?” Pada masa itu saya masih berkhidmat sebagai presiden bagi Institut Alkitab Moody di Chicago, Amerika Syarikat, dan saya menganggap bahawa tiada seorang pun yang tahu tentang Institut tersebut ataupun pengasasnya, D.L. Moody. Apabila saya menyebut nama sekolah itu, respons mereka amat cepat dan mengejutkan. “Moody dan Sankey ... Moody itukah? “Kami ada lagu pujian gubahan Sankey dan keluarga kami sering berkumpul di sekeliling piano untuk menyanyikan lagu itu,” kata seorang lagi. Saya amat kagum! Penginjil Dwight Moody dan pemuziknya Ira Sankey telah mengadakan beberapa acara penginjilan di Kepulauan Britain lebih daripada 120 tahun yang lalu, namun pengaruh mereka masih nyata.
Mencari Hidup
Kata-kata bapa Ravi menyiat-nyiatkan hati. “Kamu seorang yang gagal. Memalukan keluarga sahaja”. Dibandingkan dengan adik-beradiknya yang berbakat, Ravi dianggap telah membawa aib kepada keluarganya. Dia cuba menjadi cemerlang dalam sukan, dia berjaya, tetapi dia masih berasa dirinya tidak berguna. Dia tertanya-tanya, Apakah yang akan terjadi pada saya? Adakah saya orang yang betul-betul gagal? Bolehkah saya mengakhiri hidup saya, tanpa perasaan sakit? Semua fikiran tersebut menghantuinya, namun dia tidak dapat mencari sesiapa pun untuk meluahkan masalahnya. Dalam budayanya, dia diajar untuk menyimpan dan menahan perasaan sakit hati.
Lembah Berkat
Pelukis Perancis, Henri Matisse merasakan karyanya pada masa tuanya adalah yang terbaik untuk menyatakan dirinya. Pada masa itu, dia cuba menggunakan satu gaya baru, iaitu mencipta gambar-gambar berskala besar yang berwarna-warni dengan kertas, dan bukannya melukis. Dia menghiasi dinding biliknya dengan gambar-gambar yang cerah. Segala ini adalah penting bagi dia kerana dia telah menghidap kanser dan hanya boleh terlantar di katil.
Kehilangan Tetapi Memperoleh
Ketika saya berkahwin dengan tunang saya yang berbangsa Inggeris dan berpindah ke United Kingdom, saya menyangka ia hanya menjadi satu pengembaraan selama 5 tahun di sebuah negara asing. Saya langsung tidak pernah bahawa saya masih tinggal di sini [United Kingdom] selepas hampir 20 tahun. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya kehilangan hidup yang saya tahu ketika mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan kawan-kawan, kerja, dan segala yang saya sudah biasa. Namun walaupun saya telah kehilangan cara hidup yang lama, saya telah memperoleh cara hidup yang lebih baik.