Pengajaran Yesus tentang standard Tuhan dan rahmat Tuhan yang mutlak kelihatannya bertentangan.

Yesus tidak pernah merendahkan standard Tuhan yang sempurna. Dalam respons-Nya kepada orang muda yang kaya, Dia berkata, “Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna” (Matius 5:48, ATB). Dia mengajar seorang pakar dalam hukum, yang bertanya berkenaan perintah agung, “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dan dengan seluruh akalmu” (22:37). Tiada seorang pun dapat memenuhi perintah itu dengan sempurnanya.

Sementara itu, Yesus juga menawarkan rahmat Tuhan yang mutlak dengan lembut. Dia memaafkan seorang penzina, seorang penjahat pada kayu salib, seorang pengikut yang menafikan Dia, dan seorang yang bernama Saulus, yang terkenal kerana penganiayaannya terhadap orang Kristian. Rahmat Tuhan adalah mutlak dan sempurna, serta ditawarkan pun kepada orang yang memakukan Yesus pada kayu salib: “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” merupakan kata-kata terakhir yang diucapkan-Nya di muka bumi (Lukas 23:34).

Selama bertahun-tahun saya berasa sangat tidak layak kerana saya memfokuskan standard Yesus yang mutlak sehingga saya terlupa akan rahmat Tuhan yang sudah ada. Bagaimanapun, ketika saya sudah faham makna dua frasa ini, saya meneliti firman Tuhan sekali lagi dan menemukan bahawa mesej tentang rahmat Tuhan juga terpancar melalui kehidupan dan ajaran Yesus.

Rahmat Tuhan tersedia untuk orang yang terdesak, ada keperluan, patah hati dan lemah. Rahmat Tuhan adalah untuk kita semua.