Ada orang berkata bahawa setiap kita mempunyai Doppelganger, iaitu orang yang seiras kita. Orang yang tidak ada hubungan pertalian darah tetapi hampir serupa dengan kita.
Orang seiras saya merupakan seorang penyanyi di dunia muzik. Apabila saya menghadiri salah satu konsertnya, saya mendapat banyak perhatian daripada para peminatnya sepanjang konsert. Tetapi saya bukan James Taylor yang tahu menyanyi dan memainkan gitar. Kami hanya kelihatan seiras.
Siapakah yang seiras anda? Ketika memikirkan persoalan ini, cuba renungkan 2 Korintus 3:18 apabila Paulus memberitahu kita bahawa “kita semakin menjadi seperti Dia.” Apabila kita hendak memuliakan Yesus dalam hidup kita, salah satu matlamat kita adalah menjadi seperti Dia. Sudah tentu ini tidak bermaksud kita harus mempunyai janggut dan memakai selipar seperti Dia—ini bermaksud Roh Kudus membantu kita menunjukkan sifat seperti Kristus dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, dalam sikap kita (rendah diri), tingkah laku (mengasihi), dan belas kasihan (bersimpati dengan mereka yang terjatuh dan terpinggir), kita perlu menyerupai Dia dan mencontohi Dia.
Apabila kita “memantulkan kemuliaan Tuhan,” dengan pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kita akan semakin bertumbuh menjadi seperti-Nya. Alangkah menakjubkan jika orang lain melihat kita dan berkata, “Saya dapat melihat Yesus dalam anda!”