Masa Untuk Berhasil
Pada musim bunga yang lalu, saya memutuskan untuk memotong semak bunga mawar di siring pintu belakang rumah kami. Dalam tempoh tiga tahun sejak kami tinggal di rumah kami, ia belum pernah menghasilkan bunga, dan batangnya yang hodoh serta tidak berbuah sekarang mulai menjalar ke semua arah.
Iman Yang Bertindak
Ketika kawan saya sedang memandu ke kedai runcit, dia ternampak seorang perempuan sedang berjalan di tepi jalan, lalu terasa bahawa dia harus berpatah balik untuk memberi tumpangan kepada perempuan tersebut. Setelah perempuan itu menaiki kereta mereka, kawan saya berasa sedih apabila mendengar bahawa perempuan tersebut tidak mempunyai wang untuk menaiki bas, sebab itu dia harus berjalan kaki sejauh beberapa kilometer dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap. Dia bukan sahaja harus berjalan kaki untuk pulang, tetapi juga telah berjalan selama beberapa jam pada pagi itu untuk sampai di tempat kerja pada jam 4 pagi.
Tugas Yang Belum Selesai
Pada saat kematiannya, Michelangelo, seorang pelukis yang hebat telah meninggalkan banyak projek yang belum selesai. Tetapi empat daripada arca agungnya memang sengaja tidak disiapkan. Hamba Berjanggut, Hamba Atlas, Hamba yang Bangkit, dan Hamba Muda, walaupun kesemua ini kelihatan belum siap, namun arca-arca ini dibiarkan dalam keadaan sedemikian secara sengaja oleh Michelangelo. Pelukis mahu menunjukkan perasaannya jika menjadi hamba untuk selamanya.
Doa Lima Jari
Doa ialah perbualan dengan Tuhan, bukannya satu formula. Namun ada kalanya kita mungkin memerlukan “kaedah” untuk menyegarkan masa doa kita. Kita boleh berdoa dengan membaca kitab Mazmur ataupun dengan ayat-ayat Alkitab lain (seperti Doa Bapa Kami), atau menggunakan kaedah ACTS (Adoration, Confession, Thanksgiving and Supplication—Pujian, Pengakuan, Pengucapan Syukur dan Permohonan). Baru-baru ini saya telah menemui kaedah “Doa Lima Jari” sebagai panduan apabila berdoa untuk orang lain: