Penulis

Lihat semua
Amy Peterson

Amy Peterson

Amy Peterson bekerja sebagai penolong pengarah bagi program Ijazah kehormat di Universiti Taylor. Dia berijazah dalam Kesusasteraan Bahasa Inggeris dari Texas A&M dan bersarjana dalam Kajian Antara Budaya dari Kolej Wheaton, dan sedang melanjut pelajaran dalam Sarjana Seni Halus di Universiti Seattle Pacific. Amy mengajar ESL (Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) di Asia Tenggara selama dua tahun sebelum dia balik ke Amerika Syarikat untuk mengajar di California, Arkansas, Washington dan Indiana. Buku pertamanya, Memoir akan diterbitkan oleh Discovery House tidak lama lagi. Amy gemar membaca, membuat tampal cantum, mendaki bukit dan menjalani gaya hidup yang sederhana.

Artikel oleh Amy Peterson

Realiti yang Tidak Kelihatan 

Pada tahun 1876, golongan orang yang menggerudi tanah untuk mencari arang di bahagian tengah Indiana, Amerika Syarikat berfikir bahawa mereka telah menemukan gerbang neraka. Seorang ahli sejarah, John Barlow Martin melaporkan bahawa di bawah tanah yang sedalam 183 meter, “berkepul-kepul asap busuk keluar di tengah-tengah kebisingan yang aneh”. Oleh sebab mereka takut bahawa mereka telah “menggerudi bumbung gua Iblis,” para pelombong itu menimbus kembali telaga itu dan bergegas pulang ke rumah mereka.

Parut Emas 

Di Belanda, sekumpulan pereka fesyen menjalankan bengkel “Jahitan Emas”. Diilhamkan oleh Kintsugi, satu teknik Jepun, iaitu porselin yang pecah boleh dibaiki dengan emas, para peserta bekerjasama untuk menjerumat pakaian dengan menunjukkan bahagian yang terkoyak dan bukannya cuba menutupnya. Orang telah dijemput untuk membawa “pakaian kesayangan tetapi terkoyak dan menjerumatnya dengan emas.” Sewaktu mereka menjahit pakaian mereka, pembaikan itu menjadi satu hiasan, “parut emas.”

Berakarkan Kasih

“Itu sahaja yang diperlukan” kata Megan. Dia memotong batang geranium, mencelup hujungnya ke dalam madu dan memasukkannya ke dalam pasu bunga yang dipenuhi kompos. Megan mengajar saya cara memperbanyak bunga geranium supaya saya dapat berkongsi dengan orang lain. Menurutnya, madu itu membantu tumbuhan muda membentuk akar.

Surat yang Melangkaui Masa 

Lebih daripada sejuta pemuda mengambil bahagian dalam Pertandingan Penulisan Surat Antarabangsa setiap tahun. Tema pertandingan pada tahun 2018 ialah: “Bayangkan anda ialah sepucuk surat yang mengembara melalui masa. Apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca?”

Kehidupan Baru yang Dianggap Bodoh 

Kadangkala kita hanya akan memahami sesuatu hal sehingga kita mengalaminya sendiri. Semasa saya mengandung anak pertama, saya membaca banyak buku tentang kelahiran anak dan mendengar cerita daripada puluhan wanita tentang kesakitan yang dialami ketika bersalin. Tetapi saya masih tidak dapat membayangkan pengalaman tersebut. Tubuh saya seolah-olah akan menjalankan sesuatu tugas yang mustahil!

Kasih yang Diturunkan 

Anak perempuan saya telah mula menaruh minat terhadap Nancy Drew, seorang wirawati dalam buku cerita. Dalam masa 3 minggu yang lalu, dia sudah membaca sekurang-kurangnya sedozen buah buku yang mengisahkan gadis tersebut. Ia bermula dengan perasaan minatnya terhadap cerita-cerita detektif. Secara jujur, saya juga menyukai cerita tentang Nancy Drew, dan jilid-jilid berbalut warna biru yang dibaca oleh ibu saya pada tahun 1960-an masih mengisi rak buku di rumahnya.

Serahkan Kesedihan kepada Tuhan

Pada musim panas yang lepas, seekor ikan paus pembunuh yang bernama Talequah telah melahirkan anak. Jenis ikan paus seperti Talequah berada dalam bahaya kepupusan dan anaknya yang baru lahir adalah harapan untuk masa depan spesies mereka. Tetapi anak itu cuma hidup kurang daripada satu jam. Di bawah perhatian seluruh dunia, Talequah menunjukkan kesedihannya dengan menyorong anaknya yang sudah mati itu merentasi Lautan Pasifik yang sejuk selama 17 hari sebelum melepaskannya.

Sebelum Anda Berdoa

Sahabat saya, Robert dan Colleen mempunya perkahwinan yang sihat untuk berdekad-dekad, dan saya suka melihat mereka berinteraksi. Salah seorang akan menghulurkan mentega kepada yang seorang lagi sebelum diminta. Salah seorang akan mengisikan air ke dalam gelas tepat pada masanya. Apabila mereka bercerita, mereka melengkapkan ayat satu sama lain. Kadangkala mereka kelihatan dapat memahami fikiran satu sama lain.

Menunggu dengan Penyu

Pada setiap musim luruh ketika musim sejuk menjelang, penyu berwarna akan menyelam ke dasar kolam dan membenamkan dirinya dalam kotoran dan lumpur. Penyu masuk ke dalam cangkerangnya dan berdiam diri: jantungnya berdenyut sangat perlahan seakan-akan berhenti. Suhu badannya menurun ke tahap hampir suhu beku, kemudian berhenti bernafas dan menunggu. Selama 6 bulan, penyu tetap berada di dalam pasir dan tubuhnya menghasilkan kalsium daripada tulangnya ke dalam aliran darahnya supaya penyu akan kehilangan bentuknya secara perlahan-lahan.