Pada setiap musim luruh ketika musim sejuk menjelang, penyu berwarna akan menyelam ke dasar kolam dan membenamkan dirinya dalam kotoran dan lumpur. Penyu masuk ke dalam cangkerangnya dan berdiam diri: jantungnya berdenyut sangat perlahan seakan-akan berhenti. Suhu badannya menurun ke tahap hampir suhu beku, kemudian berhenti bernafas dan menunggu. Selama 6 bulan, penyu tetap berada di dalam pasir dan tubuhnya menghasilkan kalsium daripada tulangnya ke dalam aliran darahnya supaya penyu akan kehilangan bentuknya secara perlahan-lahan.

Tetapi apabila kolam yang beku mencair, penyu akan terapung keluar dan bernafas semula. Tulang-tulangnya akan terbentuk dan penyu akan merasai kehangatan cahaya matahari pada cangkerangnya.

Saya berfikir tentang penyu berwarna apabila saya membaca kata-kata pemazmur mengenai menantikan Tuhan. Pemazmur berada dalam “paya yang berlumpur” tetapi Tuhan mendengar seruannya (Mazmur 40:3). Tuhan mengangkatnya keluar dan memberikannya tempat yang teguh untuk berdiri. Dia bernyanyi, Tuhan ialah “penolong dan penyelamatku” (ayat 18).

Mungkin anda berasa bahawa anda sudah menunggu sangat lama agar sesuatu perubahan akan berlaku dalam hidup anda—arah yang baru dalam kerjaya, pemulihan suatu hubungan, ketekadan untuk menghentikan tabiat buruk, atau terlepas daripada keadaan yang susah. Penyu berwarna dan pemazmur mengingatkan kita agar berharap kepada Tuhan: Dia mendengar dan Dia akan membebaskan.