Month: Disember 2019

Buah yang Baik

Kanak-kanak sepatutnya mampu menabur benih di mana sahaja mereka mahu [di dalam kebun] dan melihat apa yang tumbuh,” kata Rebecca Lemos-Otero, pengasas Persatuan City Blossoms. Walaupun ini bukanlah cara berkebun yang terbaik, namun dia mencerminkan realiti bahawa setiap benih mempunyai potensi untuk tumbuh dan hidup. Sejak tahun 2004, City Blossoms telah mencipta kebun untuk sekolah dan kawasan kejiranan yang penduduknya berpendapatan rendah. Kanak-kanak ini belajar tentang nutrien dan mendapatkan kemahiran pekerjaan melalui berkebun. Rebecca berkata, “Dengan memiliki ruang hijau yang begitu menyegarkan di kawasan bandar ... ini mencipta satu peluang bagi kanak-kanak untuk keluar melakukan sesuatu yang produktif dan indah.”

Kelemahan yang Dirancang

Terdapat sebuah mata air semula jadi yang membual di sebelah timur kota Yerusalem. Pada zaman dahulu, ini merupakan satu-satunya sumber air bagi kota itu dan terletak di luar tembok. Maka itulah yang menjadi sebab utama Yerusalem mudah diserang. Maka, kota itu terancam untuk menyerah jika musuh mereka memindahkan atau menghalang aliran mata air tersebut.

Dilimpahi Kasih

Sebuah gereja kecil di California Selatan berpeluang untuk menyatakan kasih Tuhan melalui cara yang praktikal. Orang Kristian berkumpul di sebuah kedai dobi layan diri untuk melayani komuniti mereka dengan cara membasuh pakaian orang yang bermasalah kewangan. Mereka membersihkan dan melipat pakaian bersama-sama, dan kadangkala menyediakan makanan atau bungkusan barangan runcit kepada orang yang kekurangan.

Tidak Dilupakan

Disebabkan oleh desakan anak-anak saya untuk membuktikan bahawa saya sudah menggunakan masa bertahun-tahun untuk menguasai kemahiran asas piano, saya pun duduk dan mula memainkan tangga nada C major. Oleh sebab amat jarang bermain piano dalam hampir dua dekad ini, saya terkejut kerana saya masih mengingatinya! Dengan berani, saya terus memainkan tujuh tangga nada yang berlainan berdasarkan memori, satu demi satu. Saya amat terkejut! Latihan selama bertahun-tahun itu telah menanamkan not-not dan teknik-teknik yang begitu dalam pada “memori” jari saya sehingga dengan serta-merta saya mengetahui apa yang harus dilakukan.