Terdapat sebuah mata air semula jadi yang membual di sebelah timur kota Yerusalem. Pada zaman dahulu, ini merupakan satu-satunya sumber air bagi kota itu dan terletak di luar tembok. Maka itulah yang menjadi sebab utama Yerusalem mudah diserang. Maka, kota itu terancam untuk menyerah jika musuh mereka memindahkan atau menghalang aliran mata air tersebut.

Raja Hizkia pernah menyelesaikan kelemahan ini dengan membina terowong dari mata air itu ke kota yang sepanjang 533 meter menembusi batu keras supaya air mengalir ke dalam kolam bawah (lihat 2 Raja-Raja 20:20; 2 Tawarikh 32:2-4). Antara semuanya, Hizkia “tidak memperhatikan Allah yang sejak dahulu telah merancangkan segala perkara itu dan yang menyebabkan semuanya berlaku” (Yesaya 22:11). Apakah rancangan Tuhan?

Tuhan sendirilah yang “merancang” kota Yerusalem dalam keadaan demikian, iaitu sumber airnya tidak dilindungi. Mata air di luar tembok itu merupakan peringatan yang tetap bahawa para penghuni kota itu harus bergantung sepenuhnya kepada-Nya demi keselamatan mereka.

Bagaimanakah mungkin kelemahan kita boleh mendatangkan kebaikan kepada kita? Sesungguhnya, rasul Paulus berkata bahawa dia “bermegah” dalam keterbatasannya, kerana hanya melalui kelemahan sahaja keindahan dan kuasa Yesus akan kelihatan dalam dirinya (2 Korintus 12:9-10). Adakah kita dapat menganggap setiap keterbatasan kita itu sebagai hadiah yang menunjukkan bahawa Tuhan ialah kekuatan kita?