Saya seorang yang pesimis, maka saya cenderung membuat kesimpulan yang negatif dengan segera tentang situasi dalam hidup saya yang akan berakhir. Jika usaha saya bagi sesuatu kerja terhalang, saya mudah sekali percaya bahawa kerja-kerja lain juga tidak akan berjaya—walaupun kerja-kerja itu sama sekali tidak berkaitan—saya tidak percaya bahawa saya dapat berjaya. Tambahan lagi, saya menganggap diri sebagai seorang ibu yang tidak dapat melakukan apa-apa dengan betul. Kegagalan saya dalam satu hal, ini akan mempengaruhi perasaan saya dalam banyak hal lain.

Mudah bagi saya membayangkan bagaimana nabi Habakuk mungkin bereaksi terhadap apa yang telah ditunjukkan Tuhan kepadanya. Dia mempunyai sebab besar untuk berputus asa selepas dia melihat kesusahan-kesusahan yang bakal menimpa umat Tuhan; derita panjang yang bakal berlaku. Keadaan kelihatan benar-benar menyayukan: tidak ada buah-buahan, daging dan haiwan. Kata-katanya membuatkan saya dibuai fikiran negatif bahawa sudah tiada harapan, tetapi saya dikejutkan apabila membaca Habakuk 3:18 yang berbunyi, “aku akan bersuka ria kerana TUHAN.” Tidak kira betapa besarnya kesusahan itu, Habakuk masih boleh bersuka ria kerana Tuhan.

Walaupun kita mungkin cenderung membesar-besarkan masalah kita, Habakuk memang benar-benar menghadapi beberapa kesusahan yang amat serius. Jika dia boleh bersuka ria kerana Tuhan pada saat-saat itu, kita pun mungkin boleh. Apabila kita buntu dalam kesedihan yang teramat sangat, kita boleh menumpukan perhatian kita kepada Tuhan yang akan mengangkat kita.