Jurulatih saya bagi acara merentas desa di sekolah menengah pernah menasihati saya sebelum perlumbaan, “Jangan cuba mendahului semua orang. Orang yang mendahului yang lain akan cepat kehabisan tenaga.” Sebaliknya, dia mencadangkan saya agar berlari dekat dengan pelari yang paling cepat. Dengan membiarkan mereka memimpin rentak larian, saya akan dapat menyimpan tenaga mental dan fizikal untuk menamatkan perlumbaan dengan baik.
Kerja kepemimpinan boleh memenatkan; pengikut boleh menjadi bebas. Setelah mengetahui bahawa kaedah ini memperbaik pelarian saya, tetapi saya mengambil masa yang lebih panjang untuk menyedari bagaimana ini boleh diamalkan dalam pemuridan Kristian. Dalam kehidupan saya, saya cenderung untuk berfikir bahawa menjadi seorang yang percaya kepada Yesus bererti bahawa saya harus cuba dengan lebih keras. Dengan memenuhi jangkaan yang meletihkan tentang apa yang patut dilakukan oleh orang Kristian, saya terlepas daripada menikmati sukacita dan kebebasan yang ditemukan hanya dengan mengikut Dia tanpa disedari (Yohanes 8:32, 36).
Tetapi kita bukan diciptakan untuk memimpin kehidupan kita sendiri, dan Yesus tidak memulakan program kemajuan diri. Sebaliknya, Dia berjanji bahawa pada waktu kita mencari Dia, kita akan menemukan kelegaan yang kita rindukan (Matius 11:25-28). Tidak seperti guru-guru agama yang selalu menekankan pengkajian Alkitab yang teliti atau kepatuhan kepada peraturan, Yesus mengajar bahawa hanya dengan mengenal Dia, kita akan mengenal Tuhan (Matius 11:27). Dengan mencari Dia, beban berat kita dipikul (ayat 28-30) dan kehidupan kita diubah.
Oleh sebab mengikut Dia sebagai Pemimpin kita yang lemah lembut dan rendah hati (ayat 29) bukan hal yang membebankan—ini merupakan jalan yang menuju ke pengharapan dan penyembuhan. Dengan berehat dalam kasih-Nya, kita adalah bebas.