Semasa kunjungan beberapa orang cucu kami baru-baru ini, kami bersama-sama menonton kamera web yang berfokus pada keluarga burung helang di Florida. Setiap hari, kami akan memeriksa ibu, bapa dan anak burung semasa mereka menjalankan rutin harian di sarang mereka. Setiap hari, si ibu dan bapa helang akan menjaga dan melindungi anak helang mereka, membawa balik ikan-ikan yang ditangkap dari sungai berdekatan untuk dimakannya.
Keluarga burung helang kecil ini adalah seperti gambaran yang diberikan oleh pemazmur tentang ciptaan Tuhan dalam Mazmur 104—pelbagai imej ciptaan, adegan daripada karya-karya Tuhan yang kreatif.
Kita melihat keagungan ciptaan Tuhan berkaitan alam semesta (ayat 2–4).
Kita menikmati ciptaan bumi—perairan, gunung, lembah (ayat 5–9).
Kita menikmati kemuliaan kurniaan Tuhan dalam bentuk haiwan, burung, dan tanaman (ayat 10–18).
Kita mengagumi kitaran dunia ciptaan Tuhan—pagi/malam, kegelapan/cahaya, kerja/rehat (ayat 19–23).
Betapa mulianya dunia yang telah dibentukkan oleh Tuhan dengan tangan-Nya untuk kesenangan kita—dan untuk kemuliaan-Nya! Dunia mulia yang telah dibentukkan Tuhan dengan tangan-Nya untuk kesenangan kita—dan kemuliaan-Nya! “Pujilah TUHAN, wahai jiwaku” (ayat 1). Setiap kita boleh mengucapkan terima kasih kepada Tuhan untuk segala yang telah diberikan-Nya agar kita boleh belajar untuk menghargai dan menikmatinya.