Sekumpulan kecil orang seakan-akan menjadi kerdil kerana berdiri bersama-sama dekat dengan sebatang pokok besar yang tumbang di ladang. Seorang wanita tua bersandar pada tongkatnya dan menceritakan angin ribut malam tadi yang menumbangkan “pohon elm tua kita yang agung. Yang paling teruk,” dia meneruskan dengan suara yang serak kerana penuh emosi,” pokok ini juga memusnahkan dinding batu kami yang indah. Suami saya membina dinding itu ketika kami baru berkahwin. Dia cinta akan dinding itu. Saya juga cinta akan tembok itu! Kini tembok ini sudah tiada lagi, seperti suami saya.”
Keesokan harinya, ketika dia memandang ke arah pekerja syarikat pokok yang sedang mengalihkan pokok yang tumbang itu; senyuman besar tersebar pada mukanya. Ini kerana antara dahan-dahan itu, dia ternampak dua orang dewasa dan seorang budak lelaki sedang memotong rumput di halamannya dengan berhati-hati, sambil mengukur serta membina semula dinding batu tercintanya!
Nabi Yesaya menggambarkan jenis pelayanan yang menyenangkan hati Tuhan: perbuatan yang menggembirakan hati orang di sekeliling kita, seperti pembinaan dinding untuk wanita tua tersebut. Petikan ini mengajar kita bahawa Tuhan lebih mengutamakan perkhidmatan kepada orang lain yang tidak mementingkan diri sendiri daripada upacara kerohanian yang kosong. Sebenarnya Tuhan memberkati anak-anak-Nya secara dua hala ke atas pelayanan yang tidak mementingkan diri. Pertama, Tuhan menggunakan kerelaan kita untuk membantu orang yang tertindas dan memerlukan bantuan (Yesaya 58:7–10). Kemudian Tuhan memuliakan mereka yang terlibat dalam pelayanan tersebut, dengan membina atau membangun kita sebagai kekuatan positif yang kuat dalam kerajaan-Nya (ayat 11-12). Apakah pelayanan yang akan anda tawarkan pada hari ini?