Kadang-kadang perjalanan hidup ini boleh menjadi sangat sukar sehingga kita dengan mudahnya berasa tertekan, seolah-olahnya kegelapan itu tidak ada pengakhiran. Ketika mengalami hal sedemikian dalam kehidupan keluarga kami, muncul suatu pelajaran baru bagi isteri saya sewaktu dia mengadakan saat teduh pada suatu pagi. “Saya fikir bahawa Tuhan menginginkan kita supaya tidak lupa apa yang kita pelajari dalam kegelapan ini.

Paulus menuliskan renungan yang sama kepada orang Korintus (2 Korintus 1), setelah menerangkan kesulitan dahsyat yang dialami oleh dia dan pasukan seperjuangannya di Asia. Paulus menginginkan jemaah di Korintus memahami Tuhan boleh melakukan penebusan meskipun pada saat-saat yang paling gelap. Dia berkata, kita dihiburkan supaya kita boleh belajar untuk menghibur orang lain (ayat 4). Paulus dan pasukannya belajar pelajaran daripada Tuhan semasa dalam kesusahan, yang mereka boleh menghibur dan memberi nasihat kepada jemaah di Korintus ketika mereka menghadapi kesulitan yang sama. Tuhan juga melakukan hal sedemikian untuk kita, sekiranya kita rela mendengarkan-Nya. Dia akan membantu kita yang berada dalam pencubaan dengan mengajar kita menggunakan apa yang telah kita pelajari untuk melayani orang lain.

Adakah anda berada dalam kegelapan pada saat ini? Jadikan kata-kata dan pengalaman Paulus sebagai dorongan anda. Percayalah bahawa pada saat ini, Tuhan sedang mengarahkan setiap langkah anda serta kebenaran-Nya tertulis dalam hati anda, supaya anda dapat berkongsi dengan orang lain yang berada dalam situasi yang sama. Anda pernah berada di tempat itu sebelumnya, dan anda tahu jalan untuk pulang.