Ketika melawat Muzium Memorial 11 September di Bandar Raya New York, saya dengan cepat menangkap gambar salah sebuah kolam pembayang. Di sekitar dua buah kolam ini, hampir 3,000 nama orang yang terkorban dalam serangan Pusat Dagangan Dunia telah diukir pada panel gangsa. Kemudian, semasa saya melihat dengan lebih dekat tentang foto itu, perhatian saya tertarik kepada seorang wanita yang sedang menyentuh satu nama pada panel itu. Ramai orang datang ke situ untuk menyentuh satu nama dan memperingati orang kesayangan mereka yang telah meninggal dunia.
Nabi Yesaya mengingatkan umat Tuhan tentang kasih dan penjagaan Tuhan yang tidak berkesudahan kepada mereka, walaupun mereka sering berpaling daripada-Nya. Tuhan berkata, “Jangan takut, kerana Aku telah menebus engkau. Aku telah memanggil engkau dengan namamu, engkau milik-Ku” (Yesaya 43:1).
Dalam Mazmur 23, Daud menulis, “Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku … Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN selama-lamanya” (ayat 4, 6).
Tuhan tidak pernah melupakan kita. Tidak kira tempat yang kita berada atau apa pun keadaan kita, Dia mengenal nama kita dan memelihara kita dalam kasih-Nya yang tidak pernah lenyap.