“Twinkle, Twinkle, Little Star” ialah dodoi dalam bahasa Inggeris. Liriknya, yang asalnya dipetik daripada satu puisi oleh Jane Taylor, menangkap keajaiban alam semesta Tuhan yang bintang-bintang bergantung “di atas langit yang begitu tinggi.” Dalam stanza belakang yang jarang diterbitkan, bintang itu bertindak sebagai panduan: “Kelipan yang kecil menerangi perjalanan pengembara dalam kegelapan.”
Dalam kitab Filipi, Paulus mencabar orang percaya untuk menjadi tidak bersalah dan tulen kerana mereka “terserlah … seperti bintang dalam dunia” sambil menyebarkan berita baik tentang Injil kepada semua di sekeliling mereka (Filipi 2:15-16). Kita tertanya-tanya bagaimana kita boleh bersinar seperti bintang. Kita sering berasa kekurangan dan bergelut untuk berfikir bahawa “cahaya” kita cukup terang untuk membawa perubahan. Tetapi bintang tidak mencuba untuk menjadi bintang. Bintang memang adalah bintang. Cahaya mengubah dunia kita. Dan ia mengubah kita. Tuhan membawa cahaya fizikal ke dalam dunia kita (Kejadian 1:3); dan melalui Yesus, Tuhan membawa cahaya rohani ke dalam hidup kita (Yohanes 1:1-4).
Kita yang mempunyai cahaya Tuhan dalam kita harus bersinar supaya orang di sekeliling kita melihat cahaya itu dan tertarik kepada sumbernya. Seperti bintang yang bergantung di langit malam dengan mudah, cahaya kita membuat satu perbezaan kerana sifatnya: Cahaya! Apabila kita hanya bersinar, kita mengikut arahan Paulus untuk “berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan” di dunia yang melanda dalam kegelapan yang mendalam, dan kita menarik orang lain kepada sumber harapan kita: Yesus.