Seorang rakan sekerja saya mengakui kepada saya bahawa dia berfikir dia “tidak layak” bagi Yesus.” Dia memberitahu saya bahawa kehidupannya yang selesa, dan sikap yang mengagumi diri tidak memuaskannya. “Tetapi inilah masalah saya, saya mencuba untuk menjadi baik, termasuk mengambil berat tentang orang lain, tetapi semuanya tidak terjadi. Kelihatannya perkara yang saya ingin lakukan, saya tidak dapat lakukan, namun perkara yang saya mahu berhenti lakukan, saya asyik melakukannya.”

“Apakah rahsia kejayaan anda?” Dia bertanya kepada saya dengan penuh ikhlas. Saya menjawab, “Rahsia saya adalah tiada rahsia. Saya juga tidak berupaya untuk hidup menurut standard Tuhan seperti anda. Oleh itu kita lebih-lebih lagi memerlukan Yesus.”

Saya mengeluarkan sebuah Alkitab dan menunjukkan kepada dia petikan yang sama seperti yang dinyatakan oleh Rasul Paulus dalam Roma 7:15. Kata-kata kekecewaan Paulus sering bergema disebabkan oleh orang bukan Kristian dan orang Kristian yang cuba untuk menjadi cukup baik agar mereka layak diterima Tuhan, tetapi usaha ini gagal. Mungkin ini sama dengan situasi anda. Jika demikian, pengisytiharan Paulus bahawa Kristus adalah pengarang penyelamatan kita dan hasil perubahannya (7:25-8:2) harus meriangkan anda. Yesus telah mengambil tindakan untuk membebaskan kita daripada perkara-perkara yang telah membingungkan kita sendiri!

Halangan antara kita dan Tuhan, yakni halangan dosa, telah dihapuskan tanpa apa-apa usaha kita. Penyelamatan—dan perubahan yang dilakukan oleh Roh Kudus dalam proses pertumbuhan kita—adalah apa yang dikehendaki Tuhan untuk kita. Dia mengetuk pintu jiwa kita. Jawablah ketukan-Nya pada hari ini. Tiadalah rahsia lain, Dia ialah segala jawapannya!