Pasukan bola sepak kegemaran saya telah kalah lapan perlawanan berturut-turut semasa saya menulis ini. Dengan setiap kekalahan, harapan supaya mereka boleh memasuki peringkat perlawanan yang seterusnya adalah lebih tipis. Jurulatih telah membuat perubahan setiap minggu, tetapi mereka masih tidak mencapai kemenangan. Dalam perbualan dengan rakan-rakan sekerja saya, saya bergurau bahawa hanya dengan menginginkan keputusan yang berbeza tidak dapat menjamin kemenangan. “Harapan bukan satu strategi,” saya menyindir.
Itu adalah benar dalam bola sepak. Tetapi dalam kehidupan rohani kita, keputusan adalah sebaliknya. Strategi kita bukan sahaja memelihara harapan dalam Tuhan, tetapi bergantung kepada-Nya dalam iman dan kepercayaan adalah satu-satunya strategi. Dunia ini sering mengecewakan kita, tetapi harapan boleh menyokong kita dalam kebenaran dan kuasa Tuhan ketika waktu pergolakan.
Mikha memahami realiti ini. Dia berasa kecewa dengan Israel yang telah berpaling daripada Tuhan. “Malangnya aku! … Kalangan salih telah hilang dari bumi, tidak ada lagi yang tulus antara manusia” (Mikha 7:1-2). Tetapi kemudian dia menumpukan perhatian semula kepada harapan sebenarnya: “Tetapi bagiku, aku akan menengadah kepada TUHAN. Aku akan berharap kepada Tuhan, Penyelamatku. Allahku akan mendengar aku” (ayat 7).
Apakah yang diperlukan untuk mengekalkan harapan pada waktu sukar? Mikha menunjukkan kepada kita: Melihat. Menunggu. Berdoa. Mengingat. Tuhan mendengar seruan kita walaupun keadaan kita adalah terlalu sukar. Pada detik-detik ini, bergantung dan bertindak balas kepada harapan kita dalam Tuhan adalah strategi kita, satu-satunya strategi yang akan membantu kita menghadapi angin ribut kehidupan.