Ketika Oswald Chambers mengajar di Kolej Latihan Alkitab di London (1911-1915), dia sering memeranjatkan pelajar-pelajar dengan perkara-perkara yang dikatakan dalam kuliahnya. Seorang wanita muda menjelaskan bahawa masa perbincangan dikhaskan untuk waktu makan bersama, Chambers kerapnya akan dihujani dengan soalan-soalan dan bantahan-bantahan. Dia mengingat bahawa Oswald sering hanya bersenyum dan berkata, “Biarkan soalan-soalan ini sekarang; anda akan mendapat jawapannya kemudian.” Dia menggalakkan mereka merenungkan isu-isu itu dan membenarkan Tuhan mendedahkan kebenaran-Nya kepada mereka.
Hal merenungkan sesuatu adalah menumpukan perhatian dan berfikir secara mendalam. Selepas peristiwa-peristiwa yang menujukan kelahiran Yesus di Betlehem, diikuti dengan kemunculan malaikat-malaikat dan gembala-gembala yang datang untuk melihat Mesias, “Maria menyimpan segala perkara ini dalam hatinya dan merenunginya”(Lukas 2:19). Sarjana Perjanjian Baru W. E. Vine berkata bahawa “merenungkan” bermaksud “menganalisis, mempertimbangkan setiap keadaan, perkara dan sebab yang berkaitan” [Expository Dictionary of New Testament Words].
Apabila kita bergelut untuk memahami maksud tentang apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kita, kita mempunyai teladan Maria tentang maksudnya untuk mencari Tuhan dan kebijaksanaan-Nya.
Ketika kita menerima pimpinan Tuhan dalam kehidupan kita seperti Maria, kita boleh belajar untuk menghargai dan merenungkan bimbingan Tuhan yang penuh kasih dalam hati kita.