Dengan menggunakan astronomi akustik, para ahli sains boleh memerhati dan mendengar bunyi ruang di angkasa. Mereka telah menemukan bahawa bintang-bintang tidak mengorbit dengan senyap di langit pada waktu malam yang penuh misteri, tetapi menghasilkan muzik. Seperti bunyi paus kelasa, gema bintang-bintang wujud pada jarak gelombang atau frekuensi yang mungkin tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Tetapi, muzik bintang-bintang dan ikan paus serta makhluk lain bergabung untuk menghasilkan simfoni yang mengisytiharkan keagungan Tuhan.
Mazmur 19:2-5 berkata, “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya! Hari yang satu menyampaikannya kepada hari yang berikut, dan malam yang satu mengulanginya kepada malam yang kemudian. Ucapan atau perkataan tidak digunakan; suara tidak kedengaran; namun berita itu sampai ke seluruh dunia, dan dikhabarkan ke hujung bumi.”
Dalam Perjanjian Baru, rasul Paulus memperlihatkan bahawa “Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan … Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus” (Kolose 1:16). Sebagai respons, ketinggian dan kedalaman alam semula jadi bernyanyi untuk Penciptanya. Marilah kita dan semua ciptaan menyanyikan keagungan-Nya yang “mengukur langit dengan jengkal” (Yesaya 40:12).