Amalan Kerohanian: Amalan 4
Amalan 4
Mengalami Pengalaman yang Paling Menakjubkan
Apabila saya masih muda, saya berasa teruja jika dapat menyampaikan Injil Yesus Kristus dalam pertemuan jalanan, pertemuan kanak-kanak, dan pertemuan besar-besaran. Saya berdoa, belajar dan berkhutbah, tetapi saya masih berasa kecewa.
Akhirnya saya menyedari bahawa saya tidak memiliki kurnia penginjilan. Hal itu memang jelas. Tidak kira betapa bersemangatnya saya berkhutbah, akan tetapi tiada…
Amalan Kerohanian: Amalan 3
Amalan 3
Menyingkirkan Rasa Bersalah
Sebagai orang Kristian, kita bersukacita kerana penyelamatan kita terjamin dalam Kristus dan segala dosa kita dipadamkan dengan darah Kristus selama-lamaya. Kita terkagum akan belas kasihan Tuhan yang mengampuni kita walaupun kita tidak layak untuk menerimanya. Namun sering kali kita tidak mengampuni diri kita sendiri!
Ya, kita tahu bahawa “Sejauh timur dari barat, sejauh itu juga…
Amalan Kerohanian: Amalan 2
Amalan 2
Menuntut Janji Tuhan bagi Diri Sendiri
Sebagaimana yang sudah anda baca dan pelajari, dengan menghafal dan merenungkan pelbagai petikan dalam Alkitab, apakah bahagian yang nampaknya paling sukar untuk dipercayai?
Bahagian nubuat? Naratif? Petikan doktrin? Ataupun janji Tuhan?
Ramai orang Kristian mempunyai masalah paling besar untuk mempercayai janji-janji Tuhan. Janji-janji ini kedengaran indah, dan ada kalanya juga menghiburkan kita.…
Amalan Kerohanian: Amalan 1
Amalan 1
Mengambil Masa untuk Berdoa
Apakah perkara yang sering kali menghalang orang Kristian mengalami perubahan ajaib yang dilakukan Tuhan dalam kehidupan mereka? Adakah itu disebabkan oleh sikap yang tidak menghiraukan? Kekurangan persekutuan yang baik dengan orang Kristian? Pencubaan?
Ataupun semua ini disebabkan oleh kekurangan berdoa?
Berapa kerap anda dan saya menerima jawapan melalui doa? Ramai orang Kristian tidak memahami…
Penyelesaian bagi Kekhuatiran
Seorang lelaki yang mematuhi undang-undang dan jujur menerima mel suara yang berbunyi, “Ini ialah pegawai ________ dari jabatan polis. Tolong hubungi saya melalui nombor ini.” Kemudian orang itu mula berasa khuatir—takut jika dia telah melakukan kesalahan. Dia takut untuk menelefon kembali, dan dia tidak dapat tidur untuk beberapa hari kerana membayangkan hal-hal yang mungkin berlaku—takut kalau-kalau dia berada dalam kesusahan. Pegawai itu tidak pernah menelefonnya lagi, tetapi lelaki itu berasa khuatir untuk beberapa minggu.
Orang Biasa
William Carey merupakan seorang budak lelaki yang berpenyakit. Dia dilahirkan di sebuah keluarga yang miskin di Northampton, England. Masa depannya kelihatan tidak begitu cerah. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan baginya. Dengan mengatasi segala rintangan, dia berpindah ke India, yang dia telah membawa reformasi sosial yang besar dan menterjemahkan Alkitab kepada beberapa bahasa India. Dia mengasihi Tuhan dan orang lain, serta melakukan banyak perkara untuk Tuhan.