Apabila sahabat saya tidak dapat menjawab panggilan telefon saya, dia meninggalkan pesanan melalui rakaman mel suara supaya saya meninggalkan pesanan bagi dia. Rakaman suaranya itu berakhir dengan riang yang menyatakan, “Semoga anda ada hari yang hebat!” Tatkala saya merenungkan kata-katanya, saya menyedari bahawa kita tidak berkuasa untuk menjadikan setiap hari itu “hebat”—sesetengah keadaan adalah benar-benar teruk sekali. Tetapi jika diperhatikan dengan lebih mendalam, setiap keadaan dapat mendedahkan sesuatu yang baik dan indah dalam hari saya, sama ada keadaannya baik atau tidak.

Habakuk tidak mengalami keadaan yang senang. Sebagai seorang nabi, Tuhan telah menunjukkan kepadanya hari-hari mendatang yang tiada tanaman atau ternakan—nafkah hidup umat Tuhan—akan berhasil (3:17). Semangat yang optimis tidak mencukupi untuk menanggung kesukaran yang akan datang. Sebagai satu bangsa, Israel akan menjadi amat miskin. Habakuk berasa gementar, bibirnya bergetar dalam ketakutan (ayat 16).

Namun demikian, Habakuk berkata dia akan “bersukacita dan bergembira” dalam TUHAN” (ayat 18). Dia mengisytiharkan bahawa dia akan berharap pada Tuhan yang memberikan kekuatan untuk berjalan di tempat-tempat yang sukar (ayat 19).

Kadangkala kita melalui masa-masa kesakitan dan kesukaran yang amat dahsyat. Tetapi apa jua kehilangan yang telah kita alami, atau yang kita inginkan tetapi tidak perolehi, kita boleh menjadi seperti Habakuk, bersukacita dalam hubungan kita dengan Tuhan yang penyayang. Malahan ketika kita seolah-olah tidak mempunyai apa-apa lagi, Dia tidak akan membiarkan kita atau meninggalkan kita (Ibrani 13:5). Dia, Tuhan yang Esa kita, “menghibur semua orang berkabung.” Inilah sebab utama kita boleh mengalami sukacita (Yesaya 61:2, Alkitab TB).