Video itu memperlihatkan seorang lelaki yang berlutut di tepi lebuh raya semasa berlakunya kebakaran yang tidak terkawal. Dia bertepuk tangan, seolah-olah memanggil sesuatu pergi ke arahnya. Apakah benda itu? Adakah itu seekor anjing? Beberapa saat kemudian seekor arnab melompat menghampirinya. Lelaki tersebut menangkap arnab yang dalam ketakutan dan lari ke tempat yang selamat.
Bagaimanakah berita yang menyelamatkan haiwan kecil itu telah menjadi berita kebangsaan? Hal ini disebabkan oleh belas kasihan telah ditunjukkan kepada makhluk yang paling kecil. Ia memerlukan hati yang besar untuk menyediakan ruang untuk haiwan yang paling kecil.
Yesus berkata, Pemerintahan Tuhan seumpama seorang yang menghidangkan jamuan dan memberi tempat untuk semua orang yang rela datang ke majlis tersebut. Bukan sahaja mereka yang memindahkan barang dan yang menggegarkan tempat itu, tetapi juga “orang miskin, orang lumpuh, orang buta, dan orang tempang” (Lukas 14:21). Saya bersyukur kerana Tuhan memperhatikan orang yang lemah dan tidak menonjol, kerana jika tidak demikian, maka saya pasti tidak berpeluang. Paulus berkata, “Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa. Allah memilih orang yang dianggap rendah, hina dan tidak berguna oleh dunia ini … tidak seorang pun dapat memegahkan diri di hadapan Allah” (1 Korintus 1:27-29).
Betapa besarnya hati Tuhan untuk menyelamatkan orang kecil seperti saya! Bagaimanakah pula dengan saya dapat memperlakukan orang lain dengan hati yang besar? Setahu saya, bukan dengan cara saya menyenangkan “orang penting”, melainkan dengan cara saya melayani orang yang dianggap tidak penting oleh masyarakat.