Semasa Abby menjadi pelajar tingkatan lima, dia dan ibunya mendengar sebuah berita tentang seorang lelaki muda yang telah tercedera parah dalam kemalangan pesawat—sebuah kemalangan yang telah membunuh bapa dan ibu tirinya. Walaupun mereka tidak mengenali orang ini, ibu Abby berkata, “Kami hanya perlu berdoa untuk dia dan keluarganya.” Mereka pun melakukannya.

Beberapa tahun kemudian, pada suatu hari Abby berjalan ke kelas di universitinya. Seorang pelajar menawarkan dia tempat duduk di sebelahnya. Pelajar itu ialah Austin Hatch, mangsa nahas kapal terbang yang telah didoakan oleh Abby. Tidak lama kemudian mereka mula berpacaran, dan pada tahun 2018 mereka berkahwin.

“Ini sukar untuk dipercayai bahawa saya telah berdoa untuk bakal suami saya,” kata Abby dalam satu wawancara sejurus sebelum mereka berkahwin. Ini cukup mudah untuk mengehadkan doa-doa kita kepada keperluan peribadi kita sendiri dan mereka yang paling rapat kepada kita, tanpa meluangkan masa untuk mendoakan orang lain. Walau bagaimanapun, Paulus menulis kepada orang Kristian di Efesus, memberitahu mereka “Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah” (Efesus 6:18). 1 Timotius 2:1 juga menyuruh kita berdoa “untuk semua orang,” termasuk para pemerintah.

Marilah kita berdoa untuk orang lain—walaupun orang yang kita tidak kenali. Ini adalah salah satu cara kita dapat “saling menolong memikul beban” (Galatia 6:2).