Month: Jun 2019

Eulogi Anda

Hati saya dipenuhi penghiburan selepas menghadiri pengebumian seorang wanita yang setia. Kehidupannya tidak hebat. Dia tidak dikenali oleh ramai di luar gereja, jiran, dan rakannya. Tetapi dia mengasihi Yesus, 7 anaknya dan 25 cucunya. Dia seorang yang mudah untuk ketawa, melayani dengan murah hati, dan boleh memukul sebiji sofbal sehingga ke jarak jauh.

Keangkuhan Dibakar

Pada Februari 1497, seorang Rahib bernama Girolama Savonarola memulakan satu kebakaran. Sebelum ini, dia dan pengikutnya menghabiskan beberapa bulan untuk mengumpul barang-barang yang mereka berpendapat mungkin akan menarik orang melakukan dosa atau mengabaikan tugas-tugas agama mereka—termasuk karya seni, kosmetik, instrumen, dan pakaian. Pada hari yang telah ditetapkan, ribuan benda yang dianggap telah menyebabkan keangkuhan dikumpulkan di dataran awam di Florence, Itali, dan dibakar. Acara ini telah dikenal sebagai Pembakaran Keangkuhan (Bonfire of the Vanities).

Bermain Dengan Sukacita

Anak lelaki kami, Brian, ialah seorang jurulatih bola keranjang sekolah menengah. Pada suatu tahun, ketika pasukannya sedang bertanding dalam Kejohanan Bola Keranjang Negeri Washington, orang yang berniat baik di sekelilingnya bertanya, “Adakah anda akan memenangi kesemua perlawanan tahun ini?” Para pemain dan jurulatih mula merasakan tekanan, jadi Brian menggunakan moto: “Bermain dengan sukacita!”

Tuhan Bergembira

Nenek saya baru-baru ini menghantar saya sebuah fail penuh dengan gambar-gambar lama, dan ketika saya menyelak-nyelak gambar-gambar tersebut, sekeping gambar menarik perhatian saya. Dalam gambar ini, saya berumur dua tahu, dan duduk di satu hujung tempat perapian. Di hujung yang satu lagi, ayah saya meletakkan lengannya di sekeliling bahu ibu. Kedua-duanya merenung saya dengan ungkapan kasih sayang dan kegembiraan.

Main Sorok-Sorok

Saya tidak dapat m”Dia akan dapat menjumpai saya,” saya berfikir. Saya merasakan jantung saya berdebar dengan lebih cepat ketika saya mendengar jejak kaki sepupu saya yang berusia lima tahun berhampiran. Dia sedang menghampiri. Lima langkah jauhnya. Tiga. Dua. “Jumpa!”