Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Amy Peterson

Mencari Harta

Harta karun. Ini kedengaran seperti sesuatu yang kita dengar daripada buku cerita kanak-kanak sahaja. Tetapi Forrest Fenn, seorang jutawan yang aneh berkata bahawa dia telah menyembunyikan satu peti batu permata dan emas yang bernilai sehingga RM8 juta di sebuah kawasan Pergunungan Rocky di Amerika Syarikat. Ramai orang telah pergi mencarinya. Pada hakikatnya, empat orang telah kehilangan nyawa ketika cuba mencari kekayaan yang tersembunyi itu.

Menemukan Diri yang Sebenar

Siapakah saya? Itulah soalan yang ditanyakan oleh seekor boneka haiwan yang telah pudar warnanya kepada diri sendiri dalam buku kanak-kanak yang bertajuk “Nothing (Tiada Apa-apa)”oleh Mick Inkpen. Boneka haiwan itu ditinggalkan di suatu sudut loteng yang berdebu, dan mendengar haiwan-haiwan lain memanggilnya “Tiada Apa-apa”. Maka yang lain juga menganggap itulah namanya: Tiada Apa-apa.

Kasih Setia Tuhan

“Saya mengasihimu!” ayah saya berteriak apabila saya menutup pintu kereta dan menuju ke sekolah. Masa itu saya pelajar darjah enam, dan selama berbulan-bulan kami memainkan senario yang sama setiap pagi. Setibanya kami di sekolah, ayah saya akan berkata, “Semoga anda ada hari yang menyenangkan! Saya mengasihimu!” Saya pula hanya berkata, “Bye” (Selamat jalan). Saya bukan marah dengannya atau mengabaikan dia. Saya cuma tenggelam dalam fikiran saya sehingga saya tidak memerhatikan kata-katanya. Walau bagaimanapun, kasih ayah saya tetap hadir.

Dasar yang Teguh

Pada musim panas yang lalu, saya dan suami saya melawat Fallingwater, sebuah rumah di luar bandar Pennsylvania yang direkakan oleh arkitek Frank Lloyd Wright pada tahun 1935. Saya tidak pernah melihat rumah seperti itu. Wright ingin membina sebuah rumah yang “tumbuh” secara semula jadi dari landskap itu, seolah-olah ia memang bertumbuh di sana—dan dia telah mencapai matlamatnya. Dia membina rumah itu di sekitar air terjun yang sedia ada, dan gayanya mencerminkan belebas-belebas batu yang berdekatan. Pemandu pelancong kami menjelaskan apa yang menjadikan pembinaan itu selamat: “Ini kerana seluruh teras tegak rumah itu terletak di atas batu-batu tongkol,” katanya.

Domba Bodoh, Gembala Baik

Rakan saya Chad menjadi gembala domba di Wyoming, Amerika Syarikat selama setahun. “Domba-domba itu sangat bodoh, dan akan terus makan apa sahaja yang ada di hadapan,” katanya kepada saya. “Walaupun domba-domba itu telah makan semua rumput yang di hadapan, binatang ini tidak akan berganjak untuk mencari tempat baru yang mempunyai rumput segar—domba mula makan tanah di situ selepas menghabiskan rumput!”

Menyanyi Pada Saat Kematian

Dua orang lelaki yang disabitkan bersalah kerana pengedaran dadah telah dijatuhkan hukuman mati dan dipenjarakan selama 10 tahun. Semasa di penjara, mereka mengetahui kasih Tuhan kepada mereka dalam Yesus, dan kehidupan mereka berubah. Apabila tiba masanya bagi mereka untuk menghadapi skuad penembak, mereka menghadapi para pelaksana hukuman mereka dengan pembacaan Doa Tuhan dan menyanyikan “Amazing Grace” (Sangat Besar Anugerah-Nya). Disebabkan oleh iman mereka kepada Tuhan, melalui kuasa Roh, mereka dapat menghadapi kematian dengan keberanian yang luar biasa.

Keharuman Kristus

Dalam keadaan yang panas dan berdebu, Bob turun dari bas yang telah dinaikinya untuk menuju ke sebuah bandar yang jauh dari rumah. Dia berasa letih selepas melewati perjalanan yang sepanjang hari dan bersyukur kerana dia akan dapat menikmati makan malam bersama kawan-kawannya yang tinggal di kawasan itu. Mereka menyambutnya, dan dengan serta merta dia merasakan kedamaian. Dia berasa seolah-olah berada di rumah sendiri, dalam keadaan yang selesa, selamat dan dihargai.

Ratapan Pengharapan

Lawatan ke Taman Negara Clifton Heritage (Clifton Heritage National Park) di Nassau, Bahamas, seumpamanya membawa saya menyaksikan semula era yang tragis dalam sejarah. Oleh sebab tanah itu berhadapan dengan laut, terdapat tangga-tangga batu yang menghala ke tebing curam. Hamba dibawa ke Bahamas dengan kapal pada abad ke-18 akan menaiki tangga-tangga batu ini. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga mereka dan datang ke sini lalu diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan. Di bahagian atasnya, terdapat tanda peringatan untuk para hamba. Pokok-pokok sedar telah diukir menjadi bentuk wanita yang memandang ke luar menghala lautan, ke arah tanah air dan ahli keluarga mereka yang telah hilang. Setiap patung telah dicalarkan dengan tanda cambuk daripada kapten mereka.

Penyambutan Orang Asing

Apabila saya dan suami berpindah ke Seattle, Amerika Syarikat untuk tinggal berdekatan dengan adik perempuannya, kami tidak tahu tempat yang kami akan tinggal atau bekerja. Sebuah gereja tempatan membantu kami mencari sebuah rumah sewa yang ada banyak bilik tidur. Kami pun tinggal di salah satu bilik tidur, dan menyewakan bilik lain kepada pelajar antarabangsa. Untuk tiga tahun yang seterusnya, kami adalah orang asing yang menyambut orang yang tidak dikenali: berkongsi rumah dan makanan kami dengan orang dari seluruh dunia. Kami dan rakan-rakan kami juga mengalu-alukan ramai pelajar antarabangsa ke rumah kami pada setiap malam Jumaat untuk mempelajari Alkitab.