Thomas Edison telah mencipta mentol lampu elektrik pertama. Jonas Salk menghasilkan vaksin polio yang berkesan. Amy Carmichael menulis banyak lagu pujian yang kita nyanyikan dalam penyembahan. Bagaimanakah dengan anda? Apakah maksud hidup anda? Bagaimanakah anda melaburkan hidup anda?

Kejadian 4 memberitahu kita bahawa Hawa menjadi hamil dan melahirkan Kain. Selepas mendukung Kain untuk kali pertama, Hawa mengumumkan, “Dengan pertolongan TUHAN aku sudah mendapat seorang anak lelaki” (ayat 1). Dalam usaha memberi penjelasan tentang pengalaman yang amat teruja ketika melahirkan anak yang pertama, Hawa menggunakan frasa yang jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar bergantung kepada pertolongan Tuhan yang berdaulat: “Dengan pertolongan TUHAN.” Akhirnya, melalui Hawa, Tuhan menyediakan penyelamatan untuk umat-Nya melalui seorang Anak yang lain (Yohanes 3:16). Sesungguhnya Dia ialah warisan yang luar biasa!

Peranan sebagai ibu bapa hanyalah salah satu daripada banyak cara yang orang membuat sumbangan kekal kepada dunia ini. Mungkin anda boleh memberi sumbangan melalui penulisan, mengait pakaian, ataupun melukis. Anda mungkin boleh menjadi contoh yang baik bagi orang lain yang kekurangan pengaruh kehidupan yang salih. Ataupun mungkin pelaburan anda cuma akan kelihatan selepas anda meninggal dunia dalam cara yang anda tidak pernah bayangkan. Pengaruh ini mungkin ialah kerja yang anda tinggalkan atau reputasi kejujuran dalam perniagaan anda. Dalam situasi apa jua pun, adakah kata-kata anda akan menggema seperti Hawa yang bergantung sepenuhnya kepada Tuhan? Dengan pertolongan Tuhan, apakah yang akan anda lakukan demi kemuliaan-Nya?