Month: September 2019

Awas!

Bertahun-tahun yang lalu, ketika saya belajar bermain ski, saya mengikuti anak saya Josh ke lereng yang kelihatannya tidak begitu curam. Oleh sebab mata saya hanya tertumpu kepadanya, maka saya terlepas memerhatikan pergerakannya yang membelok dari bukit yang paling curam di atas gunung itu. Keadaan terus menjadi hilang kawalan, dan saya mendapati diri saya menyendeng ke bawah cerun. Akhirnya saya terjatuh. Mazmur 141 menunjukkan kepada kita bagaimana dengan mudah sekali kita boleh tergelincir di cerun dosa. Berdoa ialah satu cara untuk kita sentiasa berwaspada akan cerun-cerun dosa itu: “Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat” (ayat 4), adalah satu permohonan yang kedengaran hampir sama dengan doa yang diajarkan Yesus dalam Matius 6:13: “Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.” Kerana kebaikan hati Tuhan, Dia mendengar dan mengabulkan doa ini.

Warisan yang Kekal

Thomas Edison telah mencipta mentol lampu elektrik pertama. Jonas Salk menghasilkan vaksin polio yang berkesan. Amy Carmichael menulis banyak lagu pujian yang kita nyanyikan dalam penyembahan. Bagaimanakah dengan anda? Apakah maksud hidup anda? Bagaimanakah anda melaburkan hidup anda?

Tidak Berubah

Baru-baru ini, saya dan isteri saya pergi ke Santa Barbara, California, Amerika—bandar yang kami bertemu buat pertama kalinya serta jatuh cinta 35 tahun yang lalu. Kami merancang untuk melawat beberapa tempat yang kami pernah meluangkan masa bersama semasa kami masih muda. Tetapi apabila kami tiba di restoran Mexico kegemaran kami, ia telah bertukar menjadi sebuah bangunan stor pembekal di situ. Sebuah plak besi telah tergantung pada dinding untuk memperingati restoran tersebut serta perkhidmatannya kepada masyarakat selama empat dekad.