Diperkuat Melalui Pujian
Ketika penduduk kampung Perancis menolong pelarian Yahudi menyembunyikan diri daripada pihak Nazi semasa Perang Dunia II, beberapa orang menyanyikan lagu-lagu di hutan tebal di sekitar bandar mereka—supaya para pelarian tahu mereka adalah selamat untuk keluar daripada persembunyian. Penduduk-penduduk di kampung Le Chambon-sur-Lignon yang berani ini telah menjawab cabaran daripada pastor gereja tempatan mereka, André Trocmé dan isterinya, Magda, untuk menawarkan perlindungan kepada orang Yahudi di dataran tinggi yang dikenali sebagai “La Montagne Protestante.” Isyarat muzik mereka yang menjadi salah satu ciri keberanian penduduk ini telah membantu menyelamatkan seramai 3,000 orang Yahudi daripada situasi yang hampir membawa maut.
Berbaloi untuk Menunggu
Di luar stesen kereta api Shibuya di Tokyo, terdapat sebuah patung untuk memperingati anjing Akita yang bernama Hachiko. Hachiko diperingati kerana kesetiaannya yang luar biasa kepada pemiliknya, seorang profesor universiti yang berulang-alik dari stesen itu setiap hari. Anjing itu mengiringinya berjalan ke situ pada waktu pagi dan kembali berjumpa dengannya setiap petang ketika kereta api tiba.
Tuliskan Nama Anda
Dalam buku kanak-kanak, Love Letters from God (Surat Cinta Tuhan), penulis Glenys Nellist menjemput anak-anak berinteraksi dengan Tuhan dengan cara yang sangat peribadi. Dalam buku kanak-kanak ini, sebuah nota daripada Tuhan akan diselitkan dalam setiap cerita, dan ruangan kosong disediakan untuk diisikan nama anak. Dengan menjadikan kebenaran firman sesuatu yang peribadi, ini akan menolong para pembaca muda memahami bahawa Alkitab bukan sekadar sebuah buku cerita. Tetapi mereka diajar bahawa Tuhan mahu membina satu hubungan dengan mereka, dan Dia berbicara kepada anak-anak yang sangat dikasihi-Nya melalui Alkitab.
Pelakon Utama
Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar yang mengambil kelas berkhutbah di sebuah seminari yang terkenal. Pelajar itu ialah seorang pemuda yang agak sombong, walaupun khutbahnya disampaikan dengan kefasihan dan semangat yang nyata. Dia duduk dengan puas hati, dan profesornya diam sejenak sebelum memberi respons. “Itu khutbah yang penuh kuasa,” katanya. “Khutbah anda teratur dan mengharukan. Satu-satu masalahnya, Tuhan bukanlah subjek utama dalam satu pun ayat anda.”