Month: Oktober 2019

Percayalah Pakaian Perang Anda

Semasa saya mula menulis, saya sering tidak yakin diri ketika berada dalam bengkel penulisan. Saya akan memandang sekeliling dan melihat bilik yang dipenuhi dengan penulis-penulis lain yang terkenal—orang yang mempunyai latihan formal atau pengalaman selama bertahun-tahun. Saya tidak memiliki kedua-duanya. Tetapi saya amat mahir dalam bahasa, nada dan irama Alkitab versi King James. Itulah seumpama pakaian perang saya. Jadi saya menggunakan pengetahuan ini untuk membentuk suara dan gaya penulisan saya, dan ini telah menjadi kegembiraan saya, dan saya berharap orang lain juga boleh mengalami kegembiraan ini.

Dia yang Meredakan Badai

Jim menjadi tidak keruan apabila berkongsi tentang masalah yang dihadapinya dengan rakan pasukan sekerjanya: perselisihan fahaman, sikap menghakimi, dan salah faham. Selepas mendengar dengan sabar akan kebimbangannya selama satu jam, saya mencadangkan, “Mari kita bertanya kepada Yesus apa yang Dia mahu kita lakukan tentang keadaan ini.” Kami duduk diam selama lima minit. Kemudian sesuatu yang luar biasa berlaku. Kami berdua merasakan kedamaian Tuhan melingkupi kami seperti selimut. Kami lebih santai ketika kami mengalami hadirat dan pimpinan-Nya, dan kami berasa yakin untuk mengharungi kesukaran-kesukaran itu.

Jangkauan Kasih

Mary Lee ialah seekor ikan yu putih yang hampir sepanjang 5 meter dan seberat 1,600 kilogram, yang ditemukan oleh para ahli kelautan dari pantai timur Amerika Syarikat pada tahun 2012. Pemancar yang dipasang pada sirip dorsalnya akan dikesan oleh satelit apabila ikan ini muncul ke permukaan air. Selama 5 tahun, pergerakan Mary Lee telah menjadi perhatian ramai dalam talian oleh semua orang daripada penyelidik sampai kepada pelayar Internet. Dia dikesan hampir sejauh 64,000 kilometer sehingga satu hari isyaratnya telah berhenti—mungkin kerana bateri pada pemancarnya telah tamat tempoh.

Menangkap Rubah

Pada kali pertama kelawar memasuki rumah kami, kami mengusirnya secara kebetulan. Tetapi selepas kejadian itu berulang pada malam kedua, saya membaca tentang makhluk kecil itu dan mendapati bahawa makhluk tersebut tidak memerlukan ruang yang besar untuk masuk ke dalam rumah. Sebenarnya, dengan ruang celah sekecil duit syiling pun, makhluk itu boleh masuk melaluinya.