“Saya ada hadiah untuk kamu!” teriak cucu saya yang baru berumur 2 tahun dengan sangat gembira sambil menghulurkan sebuah kotak kepada saya. “Dia sendiri yang memilihnya,” tersenyum isteri saya.
Saya membuka kotak itu dan dalamnya ialah patung watak kartun kesukaannya. “Bolehkah saya melihatnya?” katanya dengan tidak sabar. Kemudian dia bermain dengan hadiah “saya” sepanjang petang itu. Apabila memerhatikannya, saya tersenyum.
Saya tersenyum kerana teringat akan album muzik yang saya hadiahkan kepada abang saya pada hari Krismas ketika saya masih pelajar sekolah menengah. Saya teringin sekali untuk mendengar muzik itu (dan saya memang mendengarnya). Beberapa tahun kemudian, saya juga menyedari bahawa Tuhan masih terus-menerus mengajar saya agar kerap memberi dengan hati yang ikhlas.
Kita harus belajar untuk menjadi orang yang selalu memberi. Paulus menulis, “Kamu unggul dalam semuanya … kami juga ingin kamu unggul dalam usaha kamu yang baik ini” (2 Korintus 8:7). Kerana rahmat Tuhan, kita dapat memberi ketika kita memahami bahawa semua yang kita miliki berasal daripada Tuhan, dan Dia telah menunjukkan kepada kita “lebih berbahagia memberi daripada menerima” (Kisah Rasul-Rasul 20:35).
Tuhan yang sangat murah hati sudah memberi kita hadiah yang terbesar: AnakNya yang tunggal yang telah mati pada kayu salib kerana dosa kita dan bangkit semula. Sesiapa sahaja yang menerima hadiah yang terbesar ini, dia akan memperoleh kekayaan yang tidak terhingga. Apabila hati kita terarah kepada-Nya, tangan kita terbentang dengan kasih kepada orang lain.