Pada tahun 1985, Anthony Ray Hinton didakwa atas pembunuhan dua pengurus restoran. Ia satu perangkap—dia berada di suatu tempat yang lain ketika jenayah itu berlaku—tetapi dia didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati. Semasa perbicaraan, Ray memaafkan mereka yang berbohong tentang dia, tambahnya dia tetap mempunyai sukacita sungguhpun menghadapi ketidakadilan. Dia berkata, “Selepas saya mati, saya akan pergi ke syurga. Ke manakah kamu akan pergi?”

Berhadapan dengan hukuman mati merupakan satu hal yang sukar bagi Ray. Lampu penjara akan berkelipan apabila kerusi elektrik digunakan untuk hukuman mati, senario yang suram mengenai apa yang akan berlaku. Ray lulus dalam ujian pengesan bohong tetapi keputusan itu tidak dihiraukan, malah merupakan salah satu ketidakadilan yang dihadapinya supaya kesnya itu dibicarakan semula.

Akhirnya, pada hari Jumaat Agung tahun 2015, sabitan Ray telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Dia telah berada dalam penjara hampir selama 30 tahun. Kehidupannya adalah satu kesaksian tentang Tuhan yang benar. Oleh sebab imannya dalam Yesus, Ray mempunyai harapan yang kukuh dalam ujiannya (1 Petrus 1:3-5) dan mengalami sukacita apabila berhadapan ketidakadilan (ayat 8). Selepas dilepaskan dari penjara, Ray berkata, “Sukacita yang aku rasai ini tidak pernah diambil daripadaku walaupun di penjara.” Sukacita sedemikian membuktikan imannya adalah iman sejati (ayat 7-8).

Sukacita apabila menghadapi hukuman mati? Sukacita memang sukar dibuat-buat. Ini menunjukkan kita bahawa Tuhan wujud walaupun Dia tidak kelihatan dan bersedia untuk menolong kita dalam kesukaran.