Pada usia 53 tahun, perkara yang tidak disangka oleh Sonia: meninggalkan perniagaan dan negaranya untuk menyertai sekumpulan orang pelarian pergi ke suatu tanah baru. Selepas anak saudaranya dibunuh oleh gengster dan cuba memaksa anak lelakinya yang berumur 17 tahun untuk menyertai mereka, Sonia merasakan bahawa melarikan diri adalah satu-satunya penyelesaian. “Aku berdoa kepada Tuhan … Aku akan melakukan apa sahaja agar anakku dan aku] tidak mati kelaparan … Aku lebih rela melihat dia menderita di sini, dan bukan berakhir di dalam suatu beg atau longkang.”

Adakah Alkitab mengatakan apa-apa kepada Sonia dan anaknya—atau kepada ramai orang yang menderita akibat ketidakadilan dan kehancuran? Apabila Yohanes Pembaptis mengisytiharkan kedatangan Yesus, dia mengumumkan berita baik kepada Sonia, kita, dan dunia. Yohanes mengumumkan, “Sediakanlah jalan untuk Tuhan” (Lukas 3:4). Dia menegaskan bahawa apabila Yesus tiba, Tuhan akan melaksanakan penyelamatan yang berkuasa dan menyeluruh.

Keselamatan merangkumi penyembuhan hati kita yang berdosa dan—suatu hari—penyembuhan semua kejahatan dunia. Kerja transformasi Tuhan tersedia untuk setiap komuniti dan setiap orang. “Setiap orang akan melihat Allah menyelamatkan manusia,” kata Yohanes (ayat 6).

Apa jua kejahatan yang kita hadapi, kayu salib dan kebangkitan Kristus menjamin bahawa kita akan melihat keselamatan Tuhan. Suatu hari nanti kita akan mengalami pembebasan terakhir-Nya.