Setelah kawasan perumahan kosong yang dipenuhi lalang dibersihkan serta ditanami bunga dan pohon-pohon hijau yang cantik di kota Philadelphia, kesihatan mental para penghuni yang berhampiran di situ juga semakin bertambah baik terutama mereka yang mengalami pergelutan kewangan.

Dr. Eugenia South berkata, “Terbukti bahawa kawasan hijau memberi impak ke atas kesihatan mental, dan ini sangat penting terutamanya mereka yang tinggal dalam masyarakat miskin.” South merupakan ahli fakulti di Penggajian Perubatan Perelman di Universiti Pennsylvania, yang juga merupakan pengarang bersama tentang kajian subjek ini.

Umat Israel dan Yehuda yang telah tertindas menemukan harapan baru dalam penglihatan nabi Yesaya tentang pemulihan Tuhan yang indah. Dalam kebinasaan dan penghakiman yang diramalkan oleh Yesaya, janji yang indah ini tidak bergoyah: “Padang gurun akan bersukacita, dan bunga akan kembang di padang belantara. Padang pasir akan bernyanyi dan bersorak gembira, dan menjadi seindah Pergunungan Lebanon serta sesubur ladang di Karmel dan Saron” (Yesaya 35:1-2).

Apa pun situasi yang kita hadapi pada hari ini, kita juga boleh bersukacita dalam Bapa Syurgawi yang memulihkan kita dengan harapan baru, termasuk melalui ciptaan-Nya. Pada saat kita berduka, kita pasti mendapat dorongan dengan merenungkan kemuliaan dan kebesaran-Nya. Yesaya mendorong kita, “Kuatkanlah tangan yang lemah, dan teguhkanlah lutut yang goyah” (ayat 3).

Adakah beberapa kuntum bunga dapat membangkitkan harapan kita? Seorang nabi berkata ya. Demikian juga Tuhan—sumber harapan kita.