Banyak keluarga Filipina meraikan perayaan istimewa seperti hari jadi, perkahwinan, pesta dan Krismas secara besar-besaran. Pada hari perayaan ini, semua ahli keluarga akan berkumpul di meja yang penuh dengan hidangan-hidangan enak. Mereka akan berbual tentang kenangan masa dahulu, ketawa tentang jenaka lama. Selepas setiap orang berpuas makan, mereka akan mula bernyanyi—biasanya melalui videoke, yang juga dikenal sebagai karaoke. Bagi kebanyakan orang Filipina, makan dan bernyanyi dapat membawa kepuasan besar!

Daud menulis bahawa dia telah dijamu dan dipuaskan dengan makanan yang mewah sekali dalam Mazmur 63. Bayangkan setiap persantapan hidangan makanan atau minuman yang disajikan kepada seorang raja seperti Daud! Namun, dia bukan berada di istana yang selesa apabila dia menuliskan Mazmur ini. Dia berada di gurun, menyembunyikan diri daripada anaknya, Absalom. Pada masa itu, dia sangat lapar, haus dan lelah. Masa depannya tiada kepastian, dia mungkin akan kehilangan kekayaan, kekuasaan dan keluarganya.

Inilah konteks yang Daud amat jelas tentang apa yang terpenting baginya. Dia tidak haus akan wain, melainkan Tuhan (Mazmur 63:2). Seleranya terhadap makanan telah digantikan dengan kerinduan untuk dipuaskan sepenuhnya dalam Tuhan. Bagi dia, kasih Tuhan adalah lebih berharga daripada hidup (ayat 4).

Adakah anda sedang menghadapi masalah atau ancaman dari segi kesihatan, kewangan atau hubungan? Kita boleh mempercayai Tuhan seperti Daud, tidak kira apa pun keadaan kita. Oleh sebab Tuhan kita adalah lebih indah daripada hidup, kita boleh kembali kepada Dia sepenuh hati dengan lagu pujian.