Dalam acara-acara sukan di sekolah menengah, Ted pernah merupakan ketua pasukan penyorak yang bersaiz paling besar dan memiliki suara yang paling kuat. Sebelum kesihatannya merosot, dia setinggi 2 meter dan beratnya 130 kilogram. Sorakan “Biru!” (warna sekolahnya) Ted telah menghangatkan para penonton dan aksinya yang mencampakkan gula-gula menjadi legenda, sehingga dia diberi gelaran “Biru Besar”.

Tetapi Ted tidak menjadi terkenal kerana peranan ketua pasukan penyorak, ataupun ketagihan terhadap alkohol sebelumnya. Dia diperingati kerana kasihnya terhadap Tuhan dan keluarga, kemurahan dan kebaikan hatinya. Semasa upacara pengebumiannya yang berlangsung selama 4 jam untuk merenungkan kehidupannya, seorang demi seorang bersaksi tentang cara hidup seorang pemuda yang menyerupai Kristus. Dia diperingati sebagai seorang yang diselamatkan daripada kegelapan melalui kuasa dan berita baik Yesus.

Dalam Efesus 5:8, Paulus mengingatkan orang percaya bahawa mereka dahulunya hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang telah menjadi umat Tuhan dan hidup dalam cahaya. Itulah panggilan untuk setiap orang yang percaya dalam Yesus. Anak yang hidup dalam cahaya, seperti Ted, mempunyai banyak yang boleh diberikan kepada mereka yang berada di dunia kegelapan. “Perbuatan tidak berguna” patut dihindari (LIHAT AYAT 3-4, 11). Semua orang di dunia ini memerlukan saksi yang luar biasa, dan mempunyai ciri tersendiri yang disinari cahaya Yesus (AYAT 14). Apakah ciri tersendiri itu? Seperti cahaya yang berbeza daripada kegelapan.