Semasa kecil, ahli teologi Bruce Ware berasa kecewa kerana 1 Petrus 2:21-23 memanggil kita menjadi seperti Yesus. Ware menulis kegusaran masa mudanya dalam buku “The Man Christ Jesus” (Kemanusiaan Kristus Yesus). “Tidak adil. Terutamanya apabila Alkitab menyuruh kita mengikut Yesus yang ‘tidak pernah berdosa.’ Ini benar-benar tidak masuk akal … saya memang tidak dapat memahami mengapa Tuhan mahu kita menganggap kata-kata-Nya dengan serius.”
Saya memahami sebabnya Ware melihat cabaran Alkitabiah ini begitu menakutkan! Sebuah lagu lama yang berbunyi, “Seperti Yesus, Seperti Yesus. Aku mahu, menjadi seperti Yesus.” Namun seperti yang dinyatakan oleh Ware, kita tidak mampu menjadi seperti Yesus dengan usaha sendiri.
Namun kita tidak dibiarkan bersendirian. Roh Kudus telah diberikan kepada anak-anak Tuhan, supaya kita “memiliki sifat-sifat Kristus” (Galatia 4:19). Jadi ia tidak menghairankan apabila Paulus menulis tentang Roh Kudus, “Mereka yang sudah dipilih oleh Allah, juga telah ditetapkan-Nya dari dahulu supaya menjadi seperti Anak-Nya, Yesus Kristus” (Roma 8:29). Tuhan akan memastikan pekerjaan-Nya selesai dalam diri kita. Dia melakukannya melalui Roh Kudus yang tinggal di dalam kita.
Apabila kita menurut pekerjaan Roh Kudus dalam diri kita, kita benar-benar menjadi seperti Yesus. Betapa menyenangkan untuk mengetahui bahawa itulah kehendak Tuhan yang paling besar bagi kita!