“Dia boleh tahan, tetapi tidak cukup cantik untuk memikat hati saya.” Saya tidak akan melupakan novel ini dan impaknya terhadap saya kerana ayat ini yang diucapkan oleh Encik Darcy dalam buku Pride and Prejudice oleh Jane Austen. Setelah membaca satu-satu ayat itu, saya membulatkan fikiran bahawa saya tidak akan menyukai Encik Darcy.
Akan tetapi, saya silap. Seperti Elizabeth Bennet, watak utama buku itu, saya semakin merendahkan diri walaupun keberatan, namun akhirnya fikiran saya pun berubah. Seperti Elizabeth, saya tidak mahu mengenal watak Darcy secara menyeluruh; saya lebih suka mengekalkan pandangan saya terhadap sikapnya yang buruk sekali pada masa itu. Setelah tamat membaca novel itu, saya tertanya-tanya diri jangan-jangan saya telah melakukan kesilapan yang sama terhadap sesiapa di dunia yang nyata. Adakah saya terlepas peluang untuk bersahabat dengan orang tertentu semata-mata kerana saya tidak mahu berganjak daripada penilaian saya yang melulu?
Dalam iman kepada Yesus, yang terpentingnya kita diperhatikan, dikasihi dan diterima oleh Penyelamat—biarpun sifat kita yang paling buruk (Roma 5:8; 1 Yohanes 4:19). Memang ajaib untuk menyedari bahawa kita boleh menyingkirkan diri kita yang lama dan yang berdusta untuk menjadi orang yang dibaharui seluruhnya dalam Kristus (Efesus 4:23-24). Alangkah sukacitanya apabila kita memahami bahawa kita bukan lagi sendirian, tetapi tergolong dalam sebuah keluarga, satu “tubuh” yang terdiri daripada mereka yang belajar menjalani kehidupan yang “dijiwai oleh kasih”—kasih mutlak yang sebenarnya (5:2).
Apabila kita mengingati apa yang telah dilakukan Kristus untuk kita (ayat 2), bagaimana mungkinkah kita tidak mahu memandang orang lain sebagaimana Dia memandang kita?